Monday, August 6, 2018

Seeking to fund my 30-year-awaited travel



It has been my 30-year-old dream to set foot on the European soil and get engaged with the diversed culture especially where muslims make up the minor part of the population. A young student I was at a modern Islamic institution in Indonesia then, I bumped into a news on the opening of the London's Regent Mosque. That triggered my interest in knowing more of how the muslims live among the multifaith society and yet conserving quite well their identity as muslims in Europe. 

I am also actively leading umrah and hajj groups to Makkah - alhamdulillah- on the expenses of the organisers. I have been leading a few study tours and humanitarian missions to expose my students to universality of Islam in other cultures at neigbouring countries but never as far as Europe. But organising a group trip to Europe would be a financial burden as a start .So, to start with, I am making personal effort to sought fund for my own project with minimum cost for crowd funding to achieve so that I can share my experience to benefit and inspire others to do the same in the future. 

Due to the deteriorating health condition, this trip I am intending to do is some sort of racing with time in case I may not be physically capable of doing physically exhausting trip in the near future. So I need my wife to accompany me on the trip to ensure that I will be properly assisted in case of any problem on my health condition. 
During the trip I am planning to visit mosques, muslim associations, attend Islamic discourses and where possible will be offering my service as imams, muazzin, teaching Quran, speaker and charity volunteer at place I am going to visit. 

To enable this fund be achieved in the short period, I am targeting a travel fund size to as low as possible to  make it enough to top of my already available saving, enough expenses for my dependents left at home while we are away, low-cost flights with many transits, low-cost land transport, most food brought from home, backpacking, cheap accommodations and any regulatory requirements like visa, insurance, etc. 

I trust that by assisting my travel you will share the benefits of contributing to a noble cause to humanity and creation of harmony to the diversed world community.

Click FundMyTravel to donate. 

Saturday, December 1, 2012

Catatan Perjalanan Haji 1433H [3]

"Bersama Santuni Dhuyufurrahman" menjadi slogan perkhidmatan bagi jemaah haji yang sering dikumandangkan oleh petugas. Cabaran sebenar bermula apabila jamaah KT 1 tiba di Zon 2 bertempat di Hotel Movenpick yang lokasi rasminya dikira sepuluh meter dari tapak Masjid Nabawi. Di pagi 17 Sept 2012, akhirnya jamaah haji Malaysia tiba juga dan merupakan jamaah haji yang pertama menjejakkan bumi Madinah.

Nampaknya pihak hotel pun mengambil inisiatif bersama dengan delegasi haji Malaysia membuat sambutan besar-besaran. Sebagai petugas, saya merasa bertuah dapat menjadi bahagian yang menyaksikan moment penting begini untuk rombongan haji Malaysia di bumi Rasulullah yang suci ini. Tidak semua petugas, apatah lagi jemaah haji, yang berpeluang menyaksikan debaran awal perjalanan haji kita tahun ini.

Gerak kerja terpadu semua petugas, dari kendalian jemaah di lapangan terbang, mengangkut jemaah ke hotel, menyambut hangat kedatangan mereka semasa turun dari bas, liputan media besar-nesaran sampailah jemaah dapat masuk bilik masing-masing kelihatan begitu kemas, pantas dan tertata dengan baik sekali.

Nadi operasi Madinah mulai berdenyut bersama kemasukan jemaah yang baru tiba. Bahkan jemaah Malaysia tiba lebih awal dari jemaah haji rasmi mana-mana negara pun. Mereka yang sudah ada di Masjid Nabawi dalam sejak semalam merupakan penduduk yang sudah sedia ada di sini. Bakal tergambar sukarnya untuk memposisikan diri di Raudhah yang dapat kami masuk dengan selesa semalam. Peluang kami untuk berada di Raudhah pada masa prime time juga bakal berkurang kerana masa tugas rasmi sudah bermula.

Menatap wajah jemaah kita yang seakan-akan tidak sabar memijakkan kaki ke bumi Madinah sejak bas berhenti di hadapan hotel lagi dapat kita rasai betapa tingginya harapan sebahagian mereka untuk memperolehi haji mabrur dari titik Madinah lagi. Sementara sebahagian hanya berpenampilan biasa sahaja, tidak nampak berghairah sangat dan tidak pula kelihatan malas-malas. Wajah-wajah yang menadah harapan ini kian membuat diriku rasa kerdil di hadapan Allah. Bagaimanakah hendak kubawa mereka ini merambah jalan jaya menuju kemabruran haji sedangkan diriku juga sarat dengan dosa seumur hidup untuk aku harapkan rahmat Allah mengampuninya ?

Namun gelagat ligat dan gesit teman seperjuangan terutama para PIHTAS, sentiasa mengukir senyum dan menghulurkan tangan menawarkan keringanan beban kepada jemaah membangkitkan keyakinan bahawa haji mabrur untuk diri juga sudah bermula di detik ini. Kami berpadu tenaga memastikan jamaah memulakan hari mereka dengan merehatkan diri mereka di bilik yang selesa selepas perjalanan panjang.

Keletihan dari satu perjalanan panjang merupakan faktor utama jemaah mudah hilang sabar dan mencari tempat melampiaskannya. Pendedahan kursus petugas di tanah air alhamdulillah banyak menyediakan kami petugas dengan kesediaan mental menghadapi sikap agresif jemaah andaikata akan berlaku. Banyak kali dalam situasi seperti ini pesanan 'sabar' kepada jamaah tidak menjadi satu terapi yang mujarah. Bahkan boleh sebaliknya menjadi satu tamparan balik kepada kita sebagai petugas. Namun jemaah yang bersikap agresif ini dalam penilaian rambang saya hanya sekita 2 ke 3 peratus sahaja dari keseluruhan. Jadi bila kita mengingat lebih ramai jamaah yang bersikap sabar, akur dan baik kepada kendalian Tabung Haji, rasa tidak senang dihati oleh sikap jemaah tertentu jemaah terhadap kita, tidaklah terasa sangat. Bahkan banyak hikmahnya untuk membina tahap kesabaran kita sendiri yang mungkin selama ini tidak dirawat dengan baik.

Jemaah yang tiba biasanya akan diberi taklimat berkaitan dengan sejarah dan kelebihan Madinah pada malam pertama selepas ketibaan mereka. Dari situ, mereka dapat gambaran apa yang bakal mereka lakukan dan bakal mereka temui sepanjang berada di Madinah al-Munawwarah. Bertempat di ruang makan atau dewan dengan kapasiti yang agak terhad di hotel, para jemaah yang berjejal masuk memang tidak ada ruang yang selesa untuk mendengar ceramah atau taklimat para petugas. Ini satu lagi sisi di mana para petugas dan jemaah memang harus banyak bersabar dan tidak terlalu berharap dengan kesempurnaan. Pihak hotel yang memberi ruang kepada jemaah terutama di musim haji begini memang agak terhad kemampuannya. Kadang-kadang memang bermacam pakar yang datang ke depan memberi cadangan perbaikan kepada petugas, tetap juga kemampuan menyampaikan pesanan seberapa berkesan boleh terbatas pada kemudahan yang sedia ada.

Ceramah berakhir dengan soal-jawab yang kita harapkan banyak menyerlahkan isu-isu yang tidak terfikir oleh kita. Namun di peringkat awal di Madinah, sebagai pembimbing ibadah haji, kami tidak banyak berdepan dengan soalan-soalan ibadah. Mungkin memang tidak banyak tuntutan atau penekanan kepada ibadah yang sangat teknikal seperti haji yang hanya akan muncul selepas mereka memulai umrah haji bagi kebanyakan mereka yang menunaikan haji tamattu'. Soalan yang berlegar lebih banyak berkaitan dengan pentadbiran seperti beg yang tak dijumpai, keadaan bilik hotel, kualiti masa dan tempat makanan atau seumpamanya.

Ceramah berakhir bersama berakhirnya masa bertugas pada pukul 10.00 malam waktu setempat. Kerana tuntutan waktu bertugas yang tidak banyak memberi ruang waktu ke masjid pada masa-masa prima, jam selepas waktu kerja adalah peluang terbesar untuk dapat beriktikaf di Masjid Nabawi  memburu ruang di Raudhah dan berziarah ke maqam baginda Rasulullah s.a.w. . 

Saturday, November 3, 2012

Catatan Perjalanan Haji 1433H [2] ... Menjejak tapak Hijrah

16 Sept 2012 : Jalan sepanjang 430 km ke Madinah kami telusuri dengan seribu pertanyaan tentang bagaimana baginda Rasulullah melalui liku-likunya berjalan kaki dan sekala-sekali menaiki unta. Bukan hanya semasa hijrah, tetapi juga berulangkali sejak kecil sehingga membujang dan berkahwin dengan Sayidatina Khadijah mengurus perniagaan ke Syam. Di penghujung pandangan mata, terpapar hamparan padang pasir, dipagari gunung-gunung yang komposisinya tiada lain dari batu. Adakalanya kami bertemu dengan lembah yang dalam bagai alur sungai namun kering kontang. Ada kawasan tertentu membentang bagai selerakan batu-batu terjal, tidak memungkinkan untuk berjalan santai melaluinya, melainkan harus memilih-milih tempat berpijak di tengah sengatan matahari yang boleh mencecah hingga ke 47ÂșC. Sedangkan perjalanan yang dilalui dengan kedinginan penghawa dingin GMC pun kita rasa macam tak sampai-sampai. Ini kan pula nak berjalan kaki dan naik unta. Besar sungguh pengorbanan Baginda sallallahu alaihi wa sallam membawa risalah dan menjaganya sehingga dapat kita nikmati pada hari ini hampir tanpa halangan fizikal yang sedahsyat apa yang baginda lalui.

Dua GMC yang kami naiki mengelompokkan kami menjadi kumpulan muslimat yang ditemani Ustaz Nukman dan kumpulan muslimin yang semuanya terdiri dari PIHTAS. Ustaz Abu Bakar dan Ustaz Faisal adalah PIHTAS berpengalaman sementara saya dan Ustaz Ramli baru hendak menimba pengalaman. Di pertengahan jalan, sekitar sebelum zohor kami singgah di hentian rehat dan menikmati sajian nasi mandi ikan. Sambil duduk di kawasan serupa platform yang dinaikkan setinggi sekaki sepanjang dinding restoran kami sempat bercerita kesan perjalanan masing-masing. Rupanya memang apa yang bermain di benak hati kami serupa, "Bagaimana Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam melalui perjalanan hijrah baginda di tengah kepanasan yang begitu rupa dalam tempoh begitu lama untuk sampai ke Madinah ?" Mungkin petanda awal kami memang sehati sejiwa bakal mengemban amanah menyantuni dhuyufurrahman yang bakal tiba keesokan harinya. Memang terasa dari lubuk hati Allah telah memilih sekumpulan manusia yang berhati ikhlas yang bakal jadi panutan untuk menimba pengalaman pertama ini. Hati terasa lapang dan semangat membara untuk menjalankan tugas.

Semasa solat zohor di masjid berdekatan dengan restoran tadi, kami bercadang untuk solat jamak dan qasar sendiri berdekatan pintu masuk masjid sebelum solat jamaah didirikan. Rupanya penduduk Arab yang masuk pun ikut solat bersama kami. Di antara dua solat kami, kelihatan imam agak terpinga-pinga memperhatikan jamaah regular mereka ikut solat bersama kami yang musafirin. Seusai solat bersama kami, sebahagian mereka meninggalkan jamaah kami untuk bersama dengan jamaah solat tamam di hadapan. Terasa bersalah juga dibuatnya. Mungkin ada eloknya juga kami sama ada minta izin imam yang ada atau solat tamam bersama imam kemudian sambung dengan qasar asar. Ini di antara perkara yang tak dijangka dan memerlukan kepekaan sosial sebelum mengerjakan ibadah mengikut semahu kita di suatu tempat asing. Pengetahuan setempat begini perlu kita kongsikan dengan jamaah haji yang bakal berada dalam perjalanan serupa.

Kami sampai di Madinah sekitar pukul 3.00 ptg. Selepas meletakkan barang di bilik 110, kami bermesyuarat dengan Ust Tengku Aziz, Timbalan KRH ( Bimbingan ). Hanya kami PIHTAS yang berT-shirt merah TH sedangkan yang lain berkemeja putih ditutupi jaket hitam rasmi TH. Sempat juga diperingatkan bahawa T-shirt merah adalah untuk operasi Masyaer. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan kesediaan setiap sektor menjalankan tugas sebelum jamaah pertama tiba dipastikan siap siaga.

Malamnya kami bermesyuarat dengan Ustaz Razali untuk pembahagian tugas Unit Bimbingan dan Ziarah Madinah. Taaruf seadanya memulakan suatu ikatan ukhuwwah baru untuk menjayakan misi menyantuni dhuyufurrahman. Rasanya setelah perjalanan hampir tanpa tidur lebih 24 jam dari Kelana Jaya sehari sebelumnya, rajutan ukhuwwah hanya memerlukan kaitan terakhir untuk disinergikan sebagai suatu pasukan kerja yang mantap dan berintegriti.

Pengalaman yang para petugas lama dan kesediaan menawarkan segala jenis kepakaran yang baru dibantu para pembantu ambilan musim ( PAM ) memudahkan banyak gerak kerja dan dapat dipersiapkan dalam tempoh yang singkat.

Inisiatif peribadi menerokai kawasan masjid di siang hari tadi juga banyak membantu merancang perjalanan membawa jamaah ziarah dalam keesokan harinya.

Jamaah haji bakal tiba dengan seribu harapan dan seribu kerenah jua.




Catatan Perjalanan Haji 1433H [ 1 ]

[Tarikh sebenar catatan dibuat : 12 Oktober 2012 ]
Selepas 37 hari berada di Tanah Suci, mungkin catatan ini tampil bagai terlambat. Keberangkatanku buat kali pertama berstatus petugas haji ke Haramain sudah tentu mencatat sejarah tersendiri. Selepas diberi amanah selama 12 tahun sebagai pembimbing haji di tanah air, mungkin juga kesempatan seumpama ini kelihatan terlambat kerana mereka yang sekontemporari dan yang lebih junior terlebih dahulu menikmati perjalanan haji mereka hasil dari jerih payah mereka menyumbang bakti kepada jemaah. Hujung-hujungnya kita kena terima segalanya adalah rezeki dan ketetapan Allah jua. Allah jua Maha Mengetahui masa bila Dia akan pilih yang terbaik untuk kita menikmatinya.

Bila direnung sedalamnya, penantian 12 tahun yang baru kurasakan boleh dikatakan amat berbaloi dan digandakan Allah nikmat-Nya. Mungkin tidak mampu diungkapkan dengan perkataan dan segala ta'bir lisan pun akan kehabisan kosakata memperihalkannya. Pada catatan kecil ini, sebanyak mana pun yang mampu dihuraikan, bukan sahaja terlalu kecil, mungkin juga boleh mengurangkan kehebatan sebenar yang dialami. Hanya dengan dorongan untuk 'bini'mati Rabbika fahaddith', aku cuba untuk mengungkapkannya sebagai tanda kesyukuran dan satu usaha mendorong mereka sempat membacanya untuk mengikuti jejak langkahku jika ada yang layak diteladani.

Pada benak hatiku, boleh dikatakan baru kinilah benar-benar dirasakan buah kesabaran itu adalah kemanisan yang tiada terkata. Apa tidaknya ? Begitu banyak perkara berlaku tepat benar seperti yang diharapkan meskipun belum sempat dipohon dengan kesungguhan ke hadrat Ilahi. Nak dikata diri ini banyak amal soleh sehingga layak mendapat nikmat begini, rasanya  masih jauh dari dikatakan cukup. Namun Allah Maha Pemurah. Belum pun terungkap sudah pun tertunai apa-apa yang dihajat.

Sejak awal pengelompokan para PIHTAS ( Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci), termaktub nama MADINAH pada kumpulan kami itu benar-benar mendatangkan rasa seronok. Sedarlah aku bahwa tugasan yang bakal dipikul ada bimbingan ibadah di Madinah. Bertemu dengan ahli kumpulan berpengalaman dan belum berpengalaman, namun terasa harmonis bersama, menambah keghairahan untuk berpadu tenaga di Madinah demi mencapai misi kemabruran haji untuk para jemaah. Kumpulan kami yang diterajui oleh Ustaz Abu Bakar Mohd Noor ( Melaka ) di penghujung kursus berjaya menonjolkan diri sebagai kumpulan terbaik. Kredit kepada semua ahli kumpulan ; Ustaz Mohd Faisal ( Melaka ), Ustaz Suhaimi ( Negeri Sembilan ), Ustaz Ramli ( Perlis), Ustazah Yaminah yang kami panggil sebagai Bunda ( Pahang ), Ustazah Rusmaizan ( Kelantan ), Ustazah Faridah ( Perak ) dan Ustazah Kunah ( Sabah ). Pada gilirannya, Ustazah Kunah tidak jadi bersama kami di Madinah dan diganti dengan Ustazah Salmah.

Bila akhirnya hari yang dinantikan tiba, satu lagi kejutan yang menggembirakan diriku adalah kesempatan mengerjakan umrah ke Makkah sebelum diberangkatkan ke Madinah. Tepat benar dengan harapan yang belum pun terungkap. Allah Maha Mengetahui apa yang diingini insannya yang kerdil ini. Sempatlah jua kami ke Makkah selepas melalui penerbangan 8 jam dan dan tertahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah selama 4.5 jam. Kami tiba di Masjidil Haram pada pukul 3 pagi, 16 Sept 2012. Kami selesai saie dan bercukur tepat-tepat sebelum subuh. Oleh kerana kami akan berangkat ke Madinah, kami langsung menunaikan tawaf wada' setelah solat subuh.

Jarak berjalan kaki ke ibu pejabat rupanya cukup jauh juga sekitar 1000m. Pagi tadinya kami tak sempat ke sana kerana kami minta drebar turunkan kami di Masjidil Haram. Kami sempat mandi dan sarapan di Abraj Janadriah, Ibu Pejabat TH di Makkah, sebelum dibawa berangkat ke Madinah.

Syukur kepada Allah tiada terhingga, selepas 11 tahun, seperti tidak percaya bahawa kakiku kita berpijak di atas bahagian bumi yang tersuci mengikut syariat Allah. Mungkin Makkah berubah secara fizikal dengan begitu rancak sekali, namun yang menggamit hati tetaplah Baitullah yang bagai berdaya penarik rohani luar biasa. Ketenangan menatap Kaabah al-Musyarrafah menggambarkan betapa luasnya rahmat Allah yang dikurniakan kepada sesiapa yang memandangnya. Tertera pada doa sesiapa sahaja yang memandang Kaabah, maka didoakan juga agar Allah menambah kemuliaan orang yang memuliakannya.

Bumi Makkah kami tinggalkan dengan rasa berat hati. Perjalanan GMC hitam yang dipandu saudara Anuar, seorang pemuda keturunan Pattani yang dilahirkan di Makkah, meluncur di jalan al-Hijrah yang ditata rapi menyajikan pemandangan padang pasir serta gunung batu di kiri dan kanan jalan.

Madinah menanti !

Wednesday, June 13, 2012

Menantu saya yang pertama

Anakanda Salihatun Niswah, anak sulung saya telah diijabkabulkan dengan pilihannya, anakanda Mohd Syazwan bin Youb pada 24 Mac 2012. 

Monday, June 11, 2012

Rekacipta Hajj-G kami memenangi Gold Award di ITEX 2012





Projek yang diusahakan oleh kumpulan kami terdiri daripada pelajar FYP, Cik Ainul Husna, Cik Ainol Rahmah dan saya sendiri telah menyumbangkan salah satu dari 35 emas yang meletakkan UTP sebagai pendahulu kutipan emas di ITEX 2012.Projek yang kami namakan Hajj-G ( Hajj Mobile Realtime Checklist) ini membolehkan para pengguna gajet dengan aplikasi Android memuatturun Hajj-G secara percuam dari Play Store atau Market .  Ia sangat bermakna bagi saya kerana hasil membimbing haji selama 12 tahun ini telah saya terjemahkan dalam bentuk teknologi yang menawarkan satu lagi alternatif bimbingan haji di lokasi haji mereka terutama sekali dalam keadaan terbatasnya jumlah PIHTAS yang bersama jamaah.  

Wednesday, January 4, 2012

Cerewetnya aku di mata mereka

Tak pernah terfikir oleh aku seorang akan menulis satu compliment untukku kerana aku selalu ingin berperanan sebagai 'latarbelakang' dan watak protagonisnya menonjol di pentas sebenar, atas pilihannya sendiri, tanpa didikte. Kalau ada yang kulakukan hanyalah menginspirasikan tapi bukan menghasilkan watak robot yang tak mampu berfikir. Tiba-tiba sedini hari ini aku menemui tulisan seseorang yang kuanggap lebih banyak jujurnya dan tidak berlebih-lebihan terutama sekali part 'cerewet' yang digambarkan dalam tulisan beliau. Inilah part yang berat yang selalu kuambil namun banyak disalah-terjemah oleh anak-anak mahasiswa yang tidak mahu pergi lebih jauh memahami apa yang patut dicapai di sebalik kecerewetan itu.

== Isi posting di suatu blog ====http://penampalposter.blogspot.com/2011/12/ustaz-rahmat.html

ustaz rahmat

salam

ustaz rahmat.. suatu nama yg tidak asing bg pelajar utp.. n kenangan bersama seorang tokoh di utp ni terungkap kembali bila aku terserempak ngan ustaz rahmat kedai burger otai (ok..aku bujang..fine..makan burger je..tngh hari makn nasi lauk kicap..haha)

td macam awkward gak rr.. coz maybe sebab sepanjang one whole year selaku student final yr, aku xde join event2 yg melibatkan pergaulan ngan mereka yg lebih tua.. (poyo doh la..bajet super busy..)..

kalau nak kata segan sebab xpi masjid, aku pi je..cuma sebab habit aku yg lepas solat, doa sendiri, pastu terus cabut, so, jarang sekali sampai habis berdoa n salam ngan imam, so, maybe aku ada terasa dia ingat aku dah hilang dari masjid kot..ntah la..

yg sure... aku banyak belajar dari ustaz rahmat.. orang yg paling mempengaruhi perkembangan minat aku terhadap anthropology selain Mr. Pacak ialah Ustaz Rahmat..

sesiapa yg kenal Ustaz Rahmat semasa join event RM, mesti yg korang tau ustaz rahmat selaku seorang yg cerewet... n this I know through the hard way..

tp kalau korang kenal ustaz rahmat dengan lebih lanjut @ bergaul ngan ustaz rahmat dari luar lingkup RM, he is so cool.. aku pernah tanya soalan killer pasal RM.. n cara dia jawab, its awesome.. that why aku ok je ngan RM walaupun aku xsekepala sangat..dari foundation second sampai third year aku join event RM.. ngeh2x

last but not least.. bnyak aku belajar dari ustaz rahmat..dari cara berorganisasi sampai la kepada a new way to think ..

n jasa terbesar dia..semestinya adalah kewujudan Islamica.. tp rugi sebab islamica xdigunakan sepenuhnya..aku pulak jarang2 nak lepak sana, coz aku suka baca buku atas katil or tempat lapang/tasik..n tec, tp buku2 kat islamica pulak xboleh pinjam..hurmmm

salam