Sunday, April 25, 2010

Talabul Ilmi Minal Mahdi Ilal Lahd


Hidup sentiasa menuntut berguru kerana kita sentiasa jahil. Esok kita mungkin bertambah ilmu dan menutupi kejahilan semalam dengan proses berguru yang kita lalui hari ini. Tapi perkara yang kita perlu tahu juga semakin bertambah dengan perubahan demi perubahan yang tiada kenal hentinya di sekeliling kita. Hasilnya kejahilan kita juga semakin bertambah. Maka tuntutan berguru juga ada proses yang tiada kenal berhenti selagi kita tak tidak sampai ke hujung usia.

Sangatlah 'mengagumkan' bila ada manusia sudah boleh mulai bersara dari penerokaan ilmu selepas puas dengan yang sedikit. Hakikat berapa banyak pun yang mampu kita gapai dari khazanah ilmu ia tetap sedikit jua; umpama setitik dari selautan air.

Sedarlah kita hidup itu sendiri telah menjadi guru yang menyediakan peluang berguru dan terus berguru kepada rantai peristiwa yang kita lalui.