Gambar : Sebahagian daripada anggota rombongan sebelum berangkat
11 Jan 2011 :
Impian yang bermula 30 tahun yang lalu kini menjadi kenyataan. Menjejak kesan sejarah Islam di negeri China sentiasa menarik hatiku sejak aku menjejakkan kaki di Pondok Gontor selepas membaca beberapa tulisan di majalah-majalah Islam tentang keunggulan sejarah penyebaran Islam di tengah tamadun besar dunia ini. Jejak sejarah Islam semakin menaut di hati apabila aku menemui kaitan rapat antara sejarah muslimin China dengan dengan dunia Melayu yang menjadi penghubung perdagangan Timur dan Barat.
Selepas mencetuskan idea perjalanan ukhuwwah musim sejuk ke Beijing, adik-adik mahasiswa/siswi UTP telah memberi sambutan menggalakkan secara moralnya meskipun dari segi kuantiti tidak nampak mendapat sambutan. Idea menganjurkan perjalanan yang menuntut banyak pengorbanan dan usaha diri serta tidak menggalakkan mereka meminta-minta dari penaja mungkin menjadi kendala buat seketika. Ukhti Maziah adalah penuntut UTP pertama yang menyahut cabaran ini. Selepas berkempen secara lisan, dapatlah juga dua mahasiswa asal Sarawak, Faize dan Muhammad Ridhwan yang teruja dengan idea pengembaraan ini. Untuk melengkapi sasaran 5 mahasiswa dan 5 mahasiswi, mereka disusuli oleh akhwat Rose Amira, Nur Zahirah, Nur Arina dan Nadya serta ikhwah Nurudden (Thai ), Rozaidi dan Zulhafeez.
Selepas memahami dan menerima konsep perjalanan yang saya sifatkan bukan pakej pelancongan ini, maka bermula jugalah pelbagai usaha untuk persediaan perjalanan terutama sekali menghasilkan dana yang mencukupi dari hasil keringat sendiri. Pelbagai idea telah dicetuskan dan yang menjadi kenyataan adalah hasil usaha menjual kebab, menjual tafsir Quran, mengadakan kursus tahfiz di musim cuti, menjual pelbagai barangan harian dan tidak kurang juga sumbangan dari seorang sahabat lama yang kini bekerja di Arab Saudi. Jazakumullah Tn Hj Baharom Che Isa yang sentiasa m
emberi dukungan kepada usaha murni saya.
Keberangkat dari Pulau Pinang ke Hongkong sebetulnya adalah pengganti kepada cadangan asal ke Beijing yang tidak berjaya direalisasikan. Taktik memburu tiket murah di Beijing di saat promosi AirAsia sedang tidak menjadi kenyataan kerana harga mampu beli yang disasarkan terlepas di skrin monitor hanya dalam beberapa minit sahaja akibat terlalu lama berbincang dan membuat keputusan. Cari punya cari, akhirnya anggota projek bersetuju untuk mencari alternatif yang terhampir dengan idea asal dan tiket boleh dibeli dari isi kantong peribadi pada masa itu juga. Maka dapatlah tiket pergi balik Pulau Pinang - Hongkong dengan harga RM 336 (all in). Hongkong menjadi transit ke destinasi yang menjadi tumpuan iaitu Guangzhou yang menyimpan khazanah tertua kedatangan Islam di negeri China.
Berbekalkan maklumat yang diperolehi melalui
internet dan berkomunikasi melal
ui telefon ke lokasi yang hendak dituju, kecekapan kumpulan bakal menemui saat ujian yang sebenarnya di lapangan. Selain kerana dana yang agak sempit, kami memang sengaja memilih untuk mengelakkan pakej pelancongan yang mungkin lebih banyak kemudahan dan usaha yang kurang meletihkan seperti yang kami pilih. Justeru di sinilah pengalaman mengembara akan menghasilkan lebih banyak ilmu baru di lapangan.
Gambar : Pemandangan menjelang maghrib dari kapalterbang
Kebanyakan anggota rombongan bukan sahaja tidak pernah
ke luar negara, bahkan ada yang tak pernah naik kapal terbang. Sudah tentu peluang ini menjadi pengalaman yan
g amat mengembirakan bagi mereka. Kerana sudah menjangka bakal sampai di Hongkong pada waktu malam, kami telah mengusahakan tempahan penginapan murah sejak dari ta
nah air lagi. Selepas tempahan di Yu Fai Guest House dibatalkan oleh tuan punya hanya 2 hari sebelum berangkat, akhirnya kami berjaya menempah 4 bilik di Cosmic Guest House. Risau juga dibuatnya kerana konfirmasi tempahan hanya dapat mereka buat kalau bayaran penuh dijelaskan.
Begitu menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Hongkong, kerisauan tidak mendapat penginapan amat mendominasi diri saya. Maklumlah wang pun sudah dibayar melalui kad kredit kerana anggota rombongan telah memilih untuk tidak membawa wang tunai terlalu banyak.
Dingin musim sejuk di Hongkong langsung terasa sebaik sahaja keluar dari pesawat menuju ke bangunan terminal. Mengikut ramalan kaji cuaca, suhu minimum Hongkong boleh mencecah 6 darjah Celsius. Selepas dipindahkan ke bangunan utama dengan train, pro
ses keluar terminal agak terhambat dek ramainya penumpang yang beratur di kaunter imigresen. Rasanya hampir sejam juga masa dihabiskan untuk menyelesaikan urusan imigresen untuk semua anggota rombongan.
Kami telah memilih perjalanan ke Kowloon dengan bas untuk menjimatkan kos. Tambang bas hanya $33 dibandingkan dengan $90 seorang jika naik train. Dalam kegelapan malam, serta wap yang menutupi sebahagian besar cermin bas menghalang kami dari melihat objek di luar bas sepanjang perjalanan kami. Nurudden yang dilantik 'expert' kami di Hongkong berulang-alik ke drebar bas untuk mengetahu
i sama ada kami telah sampai ke perhentian 13, Tsim Sha Tsui. Mulai dari Yau Ma Tei, barulah nampak wajah Hongkong yang selama ini hanya disaksikan di filem-filem. Manusia bersesak-sesak dengan winter dressing yang lengkap di kiri kanan jalan disinari cahaya lampu pelbagai warna menjadi pandangan pertama kami tentang manusia dalam budaya Hongkong.
Begitu sampai di hentian Tsim Sha Tsui, kami langsung menelusuri jalan menuju ke Cosmic G
uest House persis seperti yang ditunjukkan dalam laman webnya. Sejak berbulan-bulan lalu, laluan ke penginapan memang telah saya kaji melalui Google Earth dan Wikimapi
a. Memang sasaran awal saya mencari penginapan berdekatan dengan Masjid Kowloon.
Lobi Cosmic Guest House berlokasi di tingkat 12 bangunan yang diberi nama Mirador Mansion. Saya difahamkan bahawa guest house yang banyak di bangunan tersebut sebenarnya berasal dari tempat tinggal biasa yang diubahsuai menjadi tempat tinggal berbayar. Madam Rowena yang kami hubungi sejak di Malaysia lagi langsung mengenali kami dan mengurus kemasukan kami ke bilik. Lega benar rasan
ya kerana wang yang telah dibayar kini sudah bertukar menjadi perkhidmatan yang diharapkan.
Kerana kesuntukan masa di Hongkong, anggota rombongan kami tidak membuang masa dan bersetuju langsung keluar ke Masjid Kowloon yang jaraknya tidak sampai seratus meter dari
penginapan kami. Sebelum keluar sempatlah juga membeli SIM card telefon tempatan Hongkong yang dijual dengan harga $98. Card ini langsung mendapat bonus $50 bila diaktifkan.
Ada tiga pengurup wang di lantai bawah Mirador Mansion yang semuanya membeli wang Malaysia dengan harga yang berbeza. Tapi wang Hongkong telah pun kami perolehi di Malaysia. Ternyata agak ruga menukar wang Malaysia di Hongkong berbanding dengan Malaysia sendiri. Dengan RM 40.20 di KL Sentral, kita boleh dapat HK$ 100 atau RM 1.00 sama dengan HK$ 2.4875. Tapi tukaran wang Malaysia di Mirador Mansion adalah RM 1.00 sama dengan HK $ 2.21 (pengurup A) dan HK$ 2.35 (pengurup B).
Di dalam kesejukan yang tak pernah kami rasa serendah itu suhunya, kami meredah jalan di antara keramaian manusia menuju ke Masjid Kowloon untuk menunaikan solat maghrib dan isyak. Masjid Kowlo
on menyediakan air panas langsung dari paip. Usai solat, kami mengambil masa untuk berbual dengan seorang petugas berperawakan Pakistan di meja reception masjid untuk mengetahui maklumat lebih lanjut. Beliau memberitahu kami bahawa Imam masjid hanya ada esok harinya pada pukul 10.30 pagi ke atas. Selain itu beliau juga memaklumkan kepada kami bahawa Mufti Hongkong juga berpejabat di Masjid tersebut.
Usai mengambil gambar di Masjid Kowloon kami menuju ke kawasan pinggiran selat yang memisahkan Kowloon dengan Pulau Hongkong. Pemandangan malam yang menampilkan 'skyline' Hongkong Island amat menarik. Kerana sudah agak jauh malam kami mungkin telah terlepas masa pertunjukan cahaya yang dimainkan setiap malam di pulau seberang.
Acara menikmati pemandangan malam kami akhiri dengan makan bersama apa sahaja yang sempat dibekalkan. Belum ada keinginan rasanya hendak menjamah makanan halal Hongkong. Lagipun semasa dalam perjalanan ke sini tadi sudah terpampang harga makanan yang membeliakkan mata. Harga makanan biasa sahaja di Ziafat Restaurant mencecah HK$55 ( lebih RM 20 ). Memang sudah dipersetujui lebih awal kami akan makan apa yang kami bawa dari Malaysia untuk mengurangkan kos.
Gambar : Sedia makan malam dah ...
No comments:
Post a Comment