Wednesday, January 19, 2011

Mengamati Hongkong (3) : Penginapan


Pilihan pertama kami dalam mencari penginapan adalah yang berdekatan dengan Masjid dengan perkiraan dari situ kita dapat mencari maklumat di lapangan yang terdekat berkenaan dengan umat Islam di Hongkong. Pilihan awal kami selepas membuat carian internet adalah sama ada berdekatan dengan Masjid Kowloon atau Masjid Ammar di Wan Chai (Hongkong Island).

Penginapan di Hongkong untuk standard hotel tersangatlah mahal. Hotel berbintang yang murah-murah pun dalam RM 400 ringgit ke atas. Kos penginapan di hotel dengan nilai HK$2000 (RM 800) adalah angka purata yang kita perolehi dari carian. Dengan bajet yang agak terhad hasil usaha anggota rombongan kami, kami tidak mampu menginap di hotel. Mula-mula adalah juga terfikir kalau-kalau di hotel kami dapat berhimpit-himpit tidur di mana semua muslimin di satu bilik dan muslimat di satu bilik lain. Tapi nampaknya mereka agak ketat dengan jumlah penghuni di kamar hotel mereka.

Untunglah ada inisiatif pemilik-pemilik rumah di Hongkong yang mengubahsuai rumah mereka menjadi penginapan murah. Dengan mengambilkira jarak yang berdekatan dengan Masjid Kowloon, pilihan awal kami adalah Yu Fai yang lokasinya hampir berseberangan dengan masjid dengan kos kira $1950 untuk 5 bilik. Pada mulanya mereka tidak meminta deposit untuk memastikan tempahan kami diterima. Hanya 2 hari selepas Nurudden membuat konfirmasi, ternyata bilik yang kami tempah telah diberikan kepada orang lain yang sanggup membayar lepas awal. Kesan awal kapitalisme HK dirasai. Mungkin tak berbeza jauh dengan negara kita.

Pilihan kedua kami jatuh kepada Cosmic Guest House. Sejak berbulan lalu saya ketahui dari komen pengunjung, pemiliknya boleh berbahasa Indonesia dan servis serta kosnya tidak terlalu mahal. Hanya bersebelahan sahaja dengan Yu Fai. Empat bilik yang kami tempat muat-muat untuk semua anggota rombongan kami seramai 13 orang dewasa, 2 kanak-kanak dan seorang bayi hanya dengan kos $1760.00. Cuma yang agak beratnya kita kena bayar penuh.

Madam Rowena yang saya contact meyakinkan saya bahawa jumlah penuh yang saya bayar dengan kad kredit itu sudah tentu akan mereka jamin dengan tempahan yang tidak bakal diberi kepada pelanggan baru atau datang secara 'walk-in'. Risau juga kalau-kalau kami datang dalam keadaan yang sudah agak malam terpaksa mencari penginapan lain dan belum tentu harga sedangkan dana kami tidak banyak ruang untuk kami tersilap perhitungan. Berpandukan peta dan gambar yang ditunjukkan mudah sahaja kami sampai ke lobi Cosmic Guest House seolah-olah sudah biasa berjalan-jalan di situ.

Dalam perjalanan dari hentian bas ke arah Mirador Mansion di mana penginapan kami berada, kami perhatikan manusia Hongkong berjalan sangat fokus dan kurang berinteraksi sesama lain. Masing-masing nampak tangkas dan cepat. Adakah kerana kesejukan atau urusan ?

Di hotel, kami langsung disambut oleh Madam Rowena yang paling fasih berbahasa Inggeris dalam kalangan staf Cosmic yang ada. Bilik-bilik kami telah diagihkan mengikut jumlah yang sesuai dengan komposisi rombongan kami ; bilik 5 katil untuk semua mahasiswa ($520), bilik 4 katil yang masih baru untuk 4 mahasiswi ($580), bilik 3 katil untuk keluarga saya ($380) dan bilik 2 katil untuk Ust Zuriat sekeluarga ($280).


Kamar-kamar guesthouse ini kecil-kecil belaka. Kekecilan itu lebih terasa dengan katil-katil singlenya yang bersaiz setengah sahaja katil single di Malaysia. Ruang antara katil muat-muat untuk kita lalu.

(Bersambung).

No comments:

Post a Comment