Tuesday, January 18, 2011

Puji Tuhan


Alhamdulillah thumma l-hamdulillah ! Segala puji bagi-Mu, ya Allah ! Terlalu banyak nikmat yang telah Engkau curahkan kepadaku yang tak mampu mensyukuri secukupnya ini untuk kubalas walau hanya dengan daya lisan. Tiadakan mampu kusyukuri segala kurniaan-Mu. Sungguh malu rasanya dalam lautan nikmat ini, aku mengaduh tersentuh duri sekali-sekala yang kesakitannya telah tenggelam dalam lautan nikmat-Mu.

Setelah lebih sebulan aku dididik dengan tiada upaya mengekspresi rasa dan sanubari bercerminkan wajah, pada hari ini Dr Zakaria, pakar yang menjadi rujukan memaklumkan bahawa keadaan muka sebelah kananku telah 90% kembali kepada keadaan normal. Sukar hendak dibayangkan betapa bahagia rasanya kembali kepada keadaan yang manusia istilahkan normal selepas berseteru dengan diri akan kekurangan diri yang entah sampai bila akan kembali seperti sediakala. Namun sebagai hamba yang berusaha untuk mencapai setinggi-tinggi, memang telah kusediakan diri untuk menerima dengan redha segala ketentuan-Nya. Siapa kita yang tidak dapat menerima ketentuan Allah ? Dia yang memiliki jiwa ini, dari-Nya segala apa yang ada, menjadi hak mutlak-Nya untuk mengambil apa yang patut kerana Dia tahu bahawa itu yang terbaik untuk kita.

Syukur juga kepada Allah, selepasa berbulan-bulan merancang dan menggalan usaha mendapatkan dana untuk pengembaraan ukhuwwah ke rantau asing umat Islam, kami akhirnya menjejakkan kaki ke negeri China dan kembali dalam keadaan yang selamat dan insya Allah membawa seribu kenangan yang bermanfaat.

No comments:

Post a Comment