Thursday, September 29, 2011

Hanya mencari kebaikan

Meski diri ini tak cukup baik, tapi usaha berbuat satu kebaikan yang boleh diterima di sisi Allah tak perlu menunggu sehingga kita jadi sempurna baik. Hayat kita tak cukup panjang untuk menangguhkan apa-apa kebaikan yang nak kita buat.

Berfikir hanya untuk berbuat benar-benar membuat kita sibuk sehingga tidak sempat nak berfikir macam nak buat jahat kepada orang lain. Bahkan tak sempat nak memberi fokus tentang kejahatan orang kerana dalam mencari kebaikan kita disibukkan oleh tumpuan mencari contoh kebaikan yang ada pada orang lain. 

No comments:

Post a Comment