I would choose where I can be an asset to an organisation. While many are racing to be in the lead, and having myself there makes me a liability to it , I would rather let someone who can be an asset to fill in that position. I'll fill in what others refuse to fill in if letting it empty means weakness to the organisation as long as I can be an asset there.
Friday, October 28, 2011
Thursday, October 27, 2011
Fasa Quantum Leap Jelajah Ilmu : Hari-hari Bermula di Gontor
Hari-hari terawalku di Gontor adalah quantum leap dalam penjelajahanku meneroka keluasan ilmu agama yang tidak tercari olehku selama 15 tahun usiaku sebelum ini. Selama 15 tahun itu, aku sepatutnya menguasai begitu banyak asas agama sekiranya aku sejak usia dini mendapat peluang begini. Namun 15 tahun yang kulalui itu, aku berada di lapangan lain. Meskipun jika diukur dari sudut pandang lingkungan masyarakatku sudah dikira sebagai kejayaan, ternyata ia bukanlah kejayaan yang kucari selama ini. Aku merasa menemui hikmah yang hilang dari diriku selama ini. Jelas sekali ia bukan soal berminat atau tidak tapi yang nyatanya pengisian agama ada keperluan yang kurasakan kehausanku padanya selama ini tidak terpenuhi. Dan kini terbentang di hadapanku lautan ilmu yang luas bukan sekadar dalam deretan tulisan kaku di lembaran kitab tetapi juga dalam bentuk hamparan kehidupan sebenar yang memerlukan aku terjun menyelam di dalamnya. Ia suatu lompatan terjauh dalam waktu yang singkat - quantum leap - jika dibandingkan dengan belajar agama di sekolah petang yang telah kutinggalkan lebih setahun lalu.
Hari-hari penerokaan ilmu di Gontor bermula penerimaan kami sebagai siswa di Gontor yang memerlukan kami lulus ujian masuk merebut sekitar 600 tempat dari lebih 2000 calon siswa atau capel dari seluruh pelosok Indonesia untuk pengambilan bagi tahun ajaran 1980/81 itu. Kami pelajar-pelajar Malaysia juga tidak dikecualikan. Untunglah sempat juga berkursus pendek dengan pelajar-pelajar Indonesia yang rajin bertandang ke bilik kami, seingatku Zulkarnain Lubis (Medan ) dan Ebi Subita ( Jakarta ). Dapatlah juga beberapa istilah Indonesia yang tak pernah kami dengar dikuasai sebelum masuk ke ruang ujian. Mata pelajaran bahasa Indonesia waktu itu rasanya tidak terlalu suka kerana tatabahasa Malaysia tidak mempunyai perbezaan yang ketara untuk ujian di peringkat itu. Begitu juga dengan mata pelajar Berhitung ( Arithmetic ) yang kebanyakannya hanya operasi asas dan banyak soalan tenang fraction ( pecahan). Bezanya ia dalam bahasa Indonesia sedangkan pelajaran Math yang baru sahaja aku tinggalkan berbahasa pengantar Inggeris. Yang paling mencabar ada ujian Imlak. Mana pernah selama ini kita membaca al-Quran menulisnya semula. Sefasih mana pun kita membacanya, bahkan menghafal sebahagiannya, aku tak pernah terfikir untuk menulisnya semula. Percubaan pertamaku menulis huruf-huruf Arab yang diimlakkan oleh Zulkarnain ternyata hampir gagal total. Tapi pelajaran singkat penggunaan alif lam ta'rif dengan tambahan kata-kata depan Arab di bilik itu ternyata membuahkan hasil yang sangat bermakna. Aku lulus bersama dengan sahabatku Kassim Zainuddin yang memang pernah belajar bahasa Arab di sekolah agamanya di Miri. Dua orang lagi sahabat sepermegian, adik-beradik Iskandar dan Razali tidak lulus ujian dan ditempatkan di Kelas Khas bersama dengan pelajar Surinam, Mahfoedz ( Gustaf ) Samijadi dan beberapa pelajar Thai yang tidak boleh berbahasa Indonesia, apatah lagi bahasa Arab atau Inggeris.
Aku ditempatkan di Kelas 1 C yang berada di pojok Gedung Baru. Jumlah anggota kelasnya waktu itu sekitar 40 orang terdiri dari pelbagai peringkat umur. Inilah kali pertama aku menyaksikan anggota kelas yang bercampur aduk antara murid dewasa dengan yang semuda 12 tahun. Aku ada seorang kawan dari Sumatera namanya Muhammad Tarzan , kemudian ditukar menjadi Arzan. Untung juga ada kawan yang lebih dewasa seperti Muhammad Kamaluddin ( Palembang ) dan Imran S. Guchita. Rupanya kami tak lama di kelas ini kerana kami yang sudah pernah bersekolah di tahap Tingkatan 3 ke atas diberi peluang ikut ujian masuk ke kelas pantas yang yang digelar Kelas Eksperimen. Memang sejarah kelas ini adalah eksperimen dan berjalan sejak 1960an lagi. Setelah hampir 20 tahun ia masih berbentuk eksperimen, sekurang-kurangnya dari aspek namanya. Kelas ini membolehkan seseorang siswa menempuh pelajar Kelas 1 dan Kelas 2 dalam satu tahun pertama. Tahun keduanya mereka menempuh pelajaran Kelas 3 dan Kelas 4 juga dalam setahun. Empat kelas disingkat dalam masa 2 tahun dengan menggandakan beban mata-mata pelajaran agama, menyisihkan mata-mata pelajaran akademik yang kiranya telah ditempuh oleh mereka semasa di luar pondok dan mengekalkan mata pelajaran Berhitung asas.
Aku lulus dan ditempatkan di Kelas 1 Eksperimen B. Rupanya kelas tertinggi disusun secara stream di Gontor adalah "B". "A" dianggap sebagai simbol perfection dan "B" adalah pencapaian terbaik selepas perfect. Penamaan kelas secara simbolik memberi dampak psikologi yang baik untuk mereka yang mendudukinya agar tidak merasa terlalu pintar dan mengekalkan saingan sihat untuk mencapai kejayaan. Formula penamaan kelas ini ternyata masih kekal sampai hari ini.
Di kelas ini kami tidak lagi bercampur dengan pelajar yang baru keluar sekolah rendah. Aku dan sahabat yang baru lepas tahap Tingkatan 3 atau SMP di Indonesia ternyata antara yang termuda dengan beberapa orang pelajar yang lebih dewasa. Yang seusiaku adalah Hasanain (Lombok) , Marfendi (Bukittinggi), Sobahussurur (Lamongan), Ahmad Akbar (Jakarta), Ahmad Chaeruddin (Jember). Beberapa pelajar yang agak dewasa seperti Kamaluddin, Zakaria ( Sumbawa ), Imam Mukhtar (Blitar), Ma'tuf Naro dan yang rajin bersembang denganku Imran Elias S Guchita (Padang). Sahabat-sahabat lain yang masih kuingat di Kelas 1 Eksperimen ini umur mereka tak berapa jelas seperti Hadi Mukhlison, Fathan Afghoni, Muhammad Kurdi, M Sya'roni, M Fuadi, dan lain-lain. Guru Kelas kami adalah Ustaz Bakhtiar Syamsuddin dari Sulawesi.
Ust Bakhtiar sebagai wali kelas merupakan tonggak yang menghidup budaya mondok di Gontor sepanjang kami di Kelas 1 Eksperimen. Sebagai wali kelas, beliau bertanggungjawab dalam mengajar mata pelajara Bahasa Arab dan cabangnya yang dianggap mata pelajaran terpenting. Selain itu beliau jugalah yang membentuk budaya belajar kami dari sejak bangun tidur hingga tidur semula. Akan sukar kita mencari sekolah yang guru kelasnya bertanggungjawab memandaikan dan mengasuh kita sepanjang mata kita celik. Dari sudut pergaulan, Ust Bakhtiar bukanlah sosok yang kita rasa selesa bergaul kerana beliau kekurangan sense of humor. Tapi perawakan beliau yang sangat serius, mengambil berat, bersungguh-sungguh bersama kita hampir sepanjang hari membuat kita sukar untuk menafikan bahawa beliau memberi impak terbesar kepada kami sepanjang tahun yang pertama.
Pengajaran bahasa Arab di tangan Ust Bakhtiar dalam beberapa hari yang pertama memberiku rasa keyakinan yang begitu tinggi untuk boleh menguasai bahasa Arab dalam waktu yang singkat. Membandingkan dengan cara belajar bahasa Arab yang pernah kurasai di sekolah agama di Sibu, ternyata di Gontor bahasa Arab itu adalah bahagian dari kehidupan sebenar yang kita tak mampu hidup wajar tanpanya. Di sekolah agama di Sibu dahulu sempat juga diajarkan beberapa istilah asas Arab tentang anggota tubuh; diajarkan perkataan dengan maksud dan tak pernah pun ditegaskan untuk menghafal. Itu pun rasanya sempat dua atau tiga sessi belajar. Tapi di sini, bahasa Arab bagai nafas dalam kehidupan seharian pelajar. Ia bergerak bersama dengan setiap derap kehidupan harian pelajar itu sendiri.
Ust Bakhtiar mengajar dengan metodologi yang bukan sahaja sudah baku, terselaras di seluruh urat sendi kami pelajar baru, tapi juga menanamkan minat dan keyakinan yang tinggi bahawa bahasa itu akan jadi milik kami dalam waktu yang singkat, sesingkat 6 bulan ! Bayangkan kemampuan bicara berbahasa Arab yang tidak pun aku dengar dari pelajar yang bersekolah agama di Malaysia walaupun sampai Tkt 6, tapi di Gontor hanya memerlukan 6 bulan untuk menguasainya dan selepas itu pelajar hanya boleh menggunakan bahasa Arab atau Inggeris dalam komunikasi hariannya atau .... masuk Mahkamah !! Ya ternyata ada mahkamah untuk menyidang mereka yang melakukan pelanggaran bahasa.
Dari perkataan termudah "kitabun", "haza kitabun", "ma haza ?" kami bernafas bersama dengan bahasa Arab itu sendiri. Kelas-kelas hari pertama kami diceriakan dengan teriakan gemuruh berlawan-lawan dengan kelas satu atau satu eksperimen lain di lokasi berjauhan yang ternyata juga budayanya teriak-teriak. Mula-mula aneh bagiku kerana di sekolah kami dahulu, sekolah-sekolahnya biasany senyap kerana hanya guru sahaja yang biasanya bercakap di depan kelas. Gontor di awal tahun memang gegap gempita dengan teriakan berbahasa Arab sehingga kita rasakan bahasa Arab itu adalah bahasa kita sendiri, adalah diri kita sendiri dan bakal jadi makanan harian yang kita akan rasa lapar tanpa menunya. Dari nama-nama benda yang ada di sekeliling kita, di masukkan dengan pembezaan muzakkar ( maskulin ) dan muannath (feminin ), diber kata depan, mencipta pelbagai soal jawab menggunakan struktur mudah itu menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa lisan, bukan lagi bahasa kitab yang dihafal secara kaku.
Ust Bakhtiar sudah ada di Kelas sejenak selepas kami selesai solat Subuh. Kerana awalnya aku tidak tinggal di rayon bersama pelajar Indonesia, aku tidak tahu bahawa selepas Subuh mereka langsung ke kelas untuk muwajahah dengan ustaz wali kelas. Beberapa hari terawal aku tidak hadir kerana menganggap ia bukan kelas formal. Ustaz Bakhtiar tanya kenapa beberapa hari itu aku tak datang dan aku jawab aku tak tahu ada kelas itu. Rupanya memang budaya berzaman wali kelas mengambil inisiatif mengadakan kelas tambahan seawal selepas subuh. Di situ juga terasa proses pengukuhan berlaku bagi materi pelajaran yang semalam dan sebelumnya. Dari mendengar, menyebut, membaca dan menulis, semuanya dilatihtubi secara begitu kerap sekali sehinggu murid yang paling lemah pun tidak akan tertinggal menguasai asas bahasa ini. Minggu-minggu pertama kami serasa segalanya bahasa Arab sehingga pelajaran lain yang kebanyakannya merupakan pengulangan pengetahuan yang telah diperolehi di luar tidak terasa sangat wujudnya disebabkan dominasi proses pembelajaran bahasa Arab yang begitu intensif sekali.
Keluar dari kepompong kehidupan anak-anak luar negeri, aku merayap-rayap di rayon pelajar baru dan baru tahu rupanya mereka banyak sekali program pengukuhan yang dibuat oleh pelajar-pelajar Kelas 5 yang diamanahkan sebagai pengurus-pengurus rayon. Dari sejak bangun tidur, kemudian beratur di bilik mandi, solat subuh berjamaah, diberi pelajaran mufrodat, sedikit kata-kata nasihat, bergerak sesegera mungkin menemuai wali kelas di kelas masing-masing bagaikan aliran darah melalui pembuluhnya tanpa memerlukan kata perintah untuknya berlaku secara rutin dan rela hati. Mula-mula memang sangat payah memaksa diri dari kehidupan yang dahulu terlalu santai dibandingkan dengan Gontor yang setiap detiknya berharga dan harus diisi dan diisi dengan makna kehidupan. Baru kurasai betapa bernilainya waktu untuk kita kejar pengisiannya. Dahulu aku ingat sudah bersungguh-sungguh belajar untuk mengungguli persaingan di LCE. Tenyata kesungguhan dahulu itu baru peratusan kecil dibandingkan dengan apa yang harus kubuat untuk survival di Gontor. Kali ini bukan lagi kerana bersaing untuk unggul, tapi untuk menjadi wajar dalam budaya belajar di Gontor. Tanda aras bersungguh-sungguh di Gontor memerlukan kita tidak menyisakan masa barang sedikit pun untuk hal yang sia-sia kerana ia akan menjadikan kita ketinggalan dari kewajaran dalam skala kesiswaan Gontor.
Ust Bakhtiar menjadi wajah yang paling lekat dalam imej mental di kepalaku kerana dia sudah menjadi wajah yang kudepani dari subuh hingga ke malam. Darinya bukan hanya bahasa Arab yang kuperolehi peningkatannya secara mendadak - quantum leap - tapi juga makna kehidupan itu sendiri. Itulah saksi hidup yang menjadi model kesungguhan, keikhlasan, keteraturan hidup, nilai hormat, kasih-sayang, budaya cinta ilmu, kekeluargaan yang mengisi kerinduan kepada keluarga yang jauh. Tidak ada rasa sunyi, kesendirian, tersisih, waktu lompong tanpa makna yang dirasai kerana pengisian waktunya sangat padat, tepat, rutin dan akhirnya menjadi kebiasaan yang tidak membebankan.
Kehidupan di luar kelas adalah 'kelas' dengan sendirinya menjadikan kita terasuh, diperhatikan, dibimbing dengan begitu sungguh-sungguh dan menuntut kesabaran sama ada oleh yang mengasuh atau kita sendiri yang diasuh. Mungkin dengan title pelajar luar negeri ( negara ) kami sedikit dipandang elit oleh pelajar Indonesia mungkin kerana ditempatkan kediaman sendiri, tidak bercampur dengan pelajar Indonesia. Dari segi kemudahan, tidak ada yang terlalu istimewa. Tempat tidur sama terhimpitnya dengan pelajar Indonesia di rayon. Tempat makan kami yang mula dipindahkan ke rumah Bu Bakir juga bersama dengan pelajar Indonesia lain. Yang sedikit lebihnya adalah keberadaan guru pembimbing khusus bersama kami, Ust Abdullah Muhsin ( Magelang ).
Ust Abdullah Muhsin adalah guru pembimbing pertama yang aku kenali bersama anak luar negeri yang lain. Beliau lebih banyak berperanan sebagai penasihat dan penanggungjawab urusan yang berkaitan dengan izin tempat tinggal di Indonesia. Beliau bukan seorang yang banyak bercakap tapi sentiasa mengukir senyuman. Beliaulah yang membawa kami ke Surabaya berulangkali untuk mengubah visa sosial budaya kami sehingga kami diberi visa menetap sementara selama belajar di Indonesia. Perjalanan kami ke Surabaya buat pertama kalinya dengan Ust A Muhsin memberi kami peluang untuk menyaksikan satu sisi lagi kehidupan masyarakat Jawa di perbandaran besar. Mula-mulanya kami menginap di rumah IKPM di Wonocolo. Di antara waktu senggang urusan imigrasi di Jalan Kayun, kami dibawa makan kali pertamanya di restoran Padang. Tak pernah kulihat hidangan begitu banyak yang disajikan tanpa ada apa-apa permintaan dari kami. Sahabat-sahabat pun makan dengan lahapnya menyapu apa sahaja yang terhidang. Waktu membayar pun tiba dan harga makanan yang telah kami habiskan tadi ternyata mengejutkan kami, tergolong mahal untuk poket kami pelajar yang tak berapa ada duit. Ustaz A Muhsin pun tersenyum dan memberi satu pengajaran simple tapi penting, " Makanya kalau mahu makan tanya dulu bagaimana menghitungnya dan berapa harganya ?" Itu pelajaran penting bagi kami bermusafir. Selepas itu kami sangat berhati-hati mengeluarkan wang untuk makan bahkan kebanyakannya di warung-warung sahaja. Harga makanan warung waktu itu relatif murah dibandingkan dengan Malaysia. Tukaran ketika kami mula sampai ke Indonesia adalah Rp 260 sahaja untuk 1 ringgit. Makan di warung boleh serendah Rp 250 sahaja dan cukup mengenyangkan. Kenderaan ke sana kemari pun kebanyakannya dengan bemo atau bas yang bayarannya hanya beberapa puluh sen nilai wang Malaysia ketika itu. Naik beca pun boleh dikira kemewahan tapi dengan tambangnya yang biasa hanya Rp 500 ke Rp 1000 menjadikannya ia pengangkutan murah sahaja bagi kami. Di antara tempat pertama kami pergi ke Surabaya adalah Kebun Binatang di Wonokromo. Kebetulan ia juga sebelah Terminal Bas terbesar di Surabaya. Begitu biasanya kami dengan Kebun Binatang itu sehingga ia menjadi rutin yang tak terlepaskan setiap kali kami membawa pelajar baru ke Surabaya selepas itu.
Bila kembali ke Pondok dari pemergian sebentar ke Surabaya, kehidupan padat dan berkejar-kejaran dengan waktu kembali semula. Kami perlu segera kembali kepada rutin kehidupan pondok yang begitu dinamik dan memerlukan usaha ekstra gigih untuk mengejar ketinggalan beberapa hari selama di Surabaya. Kami bernafas semula dengan bahasa Arab dan rutin pondok. Kami seakan-akan kembali ke kampung halaman sendiri. Pondok sudah terasa seperti famili sendiri dan kejauhan darinya membuat kami terasa dipanggil kembali. Berada dalamnya terasa berkampung di rumah sendiri meskipun dalam setting yang berbeza dari keluarga sendiri di kampung halaman. Kami sudah menemui keluarga baru yang dirajut dengan kasih sayang, saling memperhatikan, saling memberi, saling peduli, saling mendorong, saling menerima.
Kemuncak pendidikan di Gontor di luar mungkin lebih dikenal dengan bahasa Arabnya serta hal-hal yang dikaitan dengan penguasaan ilmunya. Tapi bagi diriku, kemuncak itu kutemui dalam Pekan Perkenalan ( Khutbatut taaruf)nya yang bakal menyusul dalam posting berikutnya.
Tuesday, October 25, 2011
Thursday, October 20, 2011
Untuk hidup kita mesti kuatkan diri, anakku !
Kehidupan di dunia tidak memberi ruang banyak untuk kita lemah hati dan lemah jasmani. Oleh itu, kuatkan hati meskipun kita sedang merasa lemah kerana kekuatan jasmani pun hilang daya dengan kelemahan hati.
Wednesday, October 19, 2011
Fasa Menanjak Jelajah Ilmu : Hijrah ke Gontor
Bicara tentang Pondok Gontor yang telah mendidik dan mengasuhku sehingga aku menjadi seperti diriku sekarang, aku sangat khuatir segala ungkapan bertulis ini tidak memberi gambaran yang adil dan sebenar tentangnya keberuntunganku selama di sana. Ditakdirkan Allah berada di bumi Gontor ini adalah hadiah terbaik sepanjang hidupku dalam kelana menyelongkar khazanah ilmu Allah. Sudah tentu ungkapanku ini tidak sekaliber untaian kalimat novelis adinda A. Fuadi yang telah menghasilkan buku top-seller, Negeri 5 Menara, dan sudah tentu luncuran kalimat yang kucurahkan dalam blog ini tidak sedramatik plot-plot cerita novel itu. Terhadap novel itu, aku hanya dapat mengatakan itulah karya terpanjang yang pernah kubaca mampu memperihalkan peristiwa sebenar yang dialami pelajar di peringkat KMI dari generasi ke generasi (tahap menengah ) di Pondok Gontor.
Berawal dengan ketibaanku di kota yang relatif kecil untuk ukuran Pulau Jawa iaitu Ponorogo, aku sudah merasakan bahwa aku sudah terbawa begitu jauh dari kampung halamanku ke dunia asing hampir dalam segala halnya bagiku. Inilah kali pertama aku meninggalkan kampungku begitu jauh sekali. Keluar Sarawak pun aku tak pernah selama 15 tahun umurku. Paling jauh aku meninggalkan kampung hanyalah untuk ke Kuching. Perjalanan yang telah dilalui dengan 2 kapalterbang , disambung dengan bas yang menghabiskan sepanjang malam dan diteruskan pula dengan menaiki van yang memadatkan kami semua penumpang selagi muat kaki dan tangan membuatkan perjalanan ini terasa sudah melintas separuh bulatan bumi bagi saya. Sepanjang perjalanan dari kota Ponorogo aku sudah merasa terasing dengan pertuturan Jawa yang kudengar mengelilingiku.Aku kini terdampar di dunia lain dan mulai bertanya adakah pilihanku untuk berada di sini satu pilihan yang paling ideal.
Pemandangan tepi jalan didominasi dengan sawah padi yang merentang sejauh ufuk mata memandang semacam melemparkan aku ke bumi asing yang entah bila boleh kembali ke kampung yang kutinggalkan. Perjalanan 12 km ke desa Gontor mula terasa benar kekampungannya bila kuperhatikan rumah-rumah berarsitektur Jawa ketika menghampiri desa Gontor dan membuatku tertanya bagaimanakah pula agaknya bangunan pondok Gontor itu. Akankah ia berupa rumah kampung yang aku saksikan tadi atau gedung-gedung megah yang sering menjadi mercu tanda institusi-institusi hebat dalam bayanganku selama ini ?
Kenderaan yang lalu lalang berpapasan dengan mobil Colt (van Toyota) yang kami tumpang pun kebanyakannya adalah van yang serupa. Adakalanya kereta kuda ( dokar ) pun ikut berkongsi jalanraya dalam perjalanan kami. Memang kampung sungguh dalam pandanganku. Inilah yang rupanya akan kusaksikan dalam pengembaraanku yang sudah ditarafkan sebagai 'ke luar negeri'. Ia sungguh tidak sama dengan gambaran orang-orang kampungku yang ke luar negara membawa kenangan balik berupa gedung-gedung megah, wajah orang putih yang menjadi kebanggaan bangsa Melayu ketika itu, berteknologi moden. Pokoknya apa yang dinamakan luar negeri / negara dalam bayanganku ketika itu adalah hal-hal yang kalau aku balik nanti akan bercerita dengan bangganya dengan rakan taulan dan sanak saudara. Tapi kini kenyataannya yang sedang di depan mataku adalah sebaliknya.
Papan kenyataan pertama yang menandakan kami tiba selepas melepasi Desa Gandu tertulis "Selamat Datang di Pondok Modern Darussalam Gontor " selepas perjalanan begitu memberiku harapan bahawa aku kini sedang berada di kampung halaman baruku untuk beberapa tahun yang akan datang. Sampai di gerbang Pondok, Colt kami berbelok melalui perkampungan di sekeliling pondok hingga akhirnya kami tiba di bangunan administrasi (ADM) Pondok. Kaki yang sudah lenguh dihimpit manusia sepanjang perjalanan baru terasa bernafas bila pintu Colt dibuka. Kami disambut oleh seorang anak muda berpakaian pramuka ( pengakap) dan bertanya dengan ramah dari mana kami datang. Begitu mendengar kami dari Sarawak, dia memperkenalkan dirinya bahawa dia adalah anak Kiyai Fathullah Harun, seorang ulama besar dari Indonesia yang sedang berkhidmat di Sarawak.
Sempat juga kuperhatikan sekeliling dan gedung termegah di depan mataku ketika itu adalah Masjid Jami' Daussalam tersergam membuat kerdil bangunan lain di sekelilingnya. Aku, Kassim, Iskandar, Razali diiringi oleh Tuan Haji Mokhtar Khan dibawa ke bangunan bernama Gedung Saudi yang sedang dalam pembinaan. Bangunan yang sepatutnya tiga tingkat itu baru siap tingkat bawahnya sahaja ketika kami disuruh mendudukinya. Lantainya masih berdebu semen menandakan jubinnya baru dipasang. Bilik itu memang kosong lompong. Tak ada tilam, tak ada almari, tidak ada apa-apa peralatan yang selayaknya untuk dihuni selain daripada dinding dan siling yang hanya berpintu dan tingkap di bahagian hadapan. Dinding bahagian belakang tidak bertingkap dan hanya ada lubang udara yang letaknya sedikt sahaja dari paras siling. Melihat keadaan bilik itu, ternyata dialog kami yang menyangka kami akan mendapat sarana yang lebih baik dari tempat tidur kami di Masjid al-Munawwarah di Jakarta semalam berakhir dengan sedikit kekecewaan kalaulah tidak mengingat bahawa kami datang dengan azam untuk mencari ilmu.
Di bilik itu adalah beberapa orang pelajar yang berasal dari Thailand yang sudah berada di Gontor lebih awal dari kami. Seingat aku yang mula-mula aku jumpa ada Syukri ( Sokree Himtakbuach), Haneef Chindewa, Nasir, Karim dan adik mereka seorang lagi aku tak berapa ingat namanya. Dialog pertama kami seperti biasa berkisar pada perkenalan dan sedikit pengalaman sepanjang jalan. Mereka juga bangsa Thai yang pertama yang kutemui seumur hidup. Sesekali sekala dialog bahasa Thai mereka kedengaran seperti dialek Cina pada telingaku. Bahasa Melayu yang mereka gunakan pun tak tepat benar seperti Melayu yang biasaku dengar. Mereka yang memberitahu kami apa yang patut disiapkan untuk tinggal di situ. Kami kena beli tikar dan tilam sendiri. Almari pakaian pun begitu juga. Itu sahaja yang kami kena sediakan dan kena susun sepadat-sepadatnya dalam bilik yang bersaiz kira-kira 5 m X 10 m . Tanpa membuang masa kami bingkas bangun dan mencari tikar untuk sekadar alas berbaring merehatkan diri dari kepenatan panjang perjalanan tiada henti sejak 2 hari yang lalu.
Dalam bilik kami yang dikhaskan untuk pelajar dari luar negara, seorang ustaz ditugaskan sebagai guru pembimbing. Guru pembimbing kami adalah Ustaz Abdullah Muhsin dari Magelang, Jawa Tengah.Seingatku sejak dari awal, Ust A.Muhsinlah yang menunjukkan kepada kami apa yang mesti kami selesaikan untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar di Gontor. Malamnya kami diajak ke tempat makan bersama-sama dengan guru-guru. Pelajar luar negeri ketika itu ditempatkan makan bersama dengan guru-guru. Makanan pertamaku di pondok adalah nasi dengan tempe rawon. Mula-mula kusangka daging. Tapi bila digigit tak ada rasa macam daging. Tawar sahaja rasanya tapi warna macam daging. Memang tak sedap untuk lidahku yang baru bertaaruf dengan tempe. Kerana tak ada pilihan lain, aku terpaksa akur makan apa yang ada. Mengenangkan inilah jenis makanan yang akan menjadi sebahagian dari kehidupanku untuk beberapa tahun lagi, aku harus belajar menikmatinya sepertimana ia nampak begitu nikmat sekali oleh insan yang lain di dapur guru itu.
Usai makan, kami dibawa ke tempat pendaftaran. Borang pertama yang kuisi padat dengan ruang kosong yang meminta aku merekodkan begitu banyak data peribadiku. Begitu selesai mendaftar, aku dan rakan-rakan serombongan tadi dibawa ke ruang ujian. Wah ! Langsung diuji rupanya. Ujian itu meliputi kemampuan menulis Arab mengikut apa yang diimlakkan. Kemudian aku diminta membaca al-Quran dan ditanya hukum tajwid. Selebihnya aku diuji pyscho terutama sekali untuk memastikan sekuat mana sebenarnya keazamanku untuk belajar di Gontor.
Selesai dari ujian itu, kami berkumpul semula di bilik. Di situ kami mulai kenal dengan seorang pelajar senior dari Medan, Zulkarnain namanya. Wajahnya yang berjerawatan, berperawakan riang, ramah dan petah bercakap membuat kami merasa cepat rapat. Dia suka bergaul dengan anak luar negara untuk berbagi pengalaman dan melatih kefasihannya berbahasa Inggeris. Soalan-soalannya menjurus kepada usaha memancing kami berbahasa Inggeris meskipun pada penilaianku bahasa Inggerisnya penuh dengan pelanggaran grammar. Sekali-sekala ia bercakap dengan temannya dalam bahasa Arab. Aku penasaran apa yang dipercakapkan. Aku juga hairan kenapa pelajar di sini sangat ghairah berbahasa Inggeris atau Arab dan mereka begitu berani menggunakannya. Ia menambah semangat baru untukku kerana keberkesanan pembelajaran bahasa asing di pondok ini begitu nyata di depan mata.
Seperti yang aku katakan sebelum ini, nama Gontor itu sendiri tidak membawa apa-apa kesan kekaguman padaku walaupun sudah menyanggupi perjalanan sejauh ini untuk sampai kepadanya dengan misi penjelajahan ilmu agama yang selama ini adalah hikmah yang hilang dan belum kutemui. Namun begitu, selepas lengkap putaran 24 jam di pondok ini, aku sudah jatuh cinta padanya dan banyak hal yang selama ini kucari nampaknya mulai kutemui satu persatunya di sini.
Friday, October 14, 2011
Aku adalah maruah keluargaku
Baik yang kubuat, dan baik pandangan orang, maka baik jugalah ia pada anak isteriku. Bila maruah tak terjaga, buruk perilakuku, buruk pula pandangan orang padaku, malu yang ditanggung tidak seorang diri, tapi isteri dan anak jua bakal merasai. Peliharalah diri, peliharalah juga maruah anak isteri.
Blogging untuk menjejak liku hidup diri dari ayunan
Buat apa diblog dan di blog kalau bukan blogging namanya ? Meskipun sudah masuh 1 dekad rasanya mengenal istilah weblog yang sekarang dikenali blog, kegiatan mengisi blog masih banyak yang menganggapnya aktiviti main-main dan santai. Aku bukan blogger jika konotasinya adalah santai-santaian. Aku sekadar ingin meninggalkan jejak bahawa aku pernah hidup dan berhempas pulas dengan keperitannya dan beria-ria dengan kesenangannya sebelum ajal menemuiku. Setakat ini hanya medium ini sahaja yang kurasakan agak mudah untuk kita boleh tinggal jejak berupa kumpulan kata saling terikat mencipta makna untuk mengungkapkan apa yang dirasa.
Aku hanya ingin memahami diriku dengan menjejak semula masa lalu, melakarkan semula gambaran hidup orang kerdil seperti aku yang selama ini hanya wujud dalam ingatan dan cuba dicurahkan dalam bentuk tulisan yang mudah-mudahan tidak terlalu jauh untuk memberi gambaran sebenar pengalaman yang dilalui. Dengan dorongan seperti ini, tidak ada tekanan untuk menyatakan apa yang hendak dinyatakan kerana ia adalah kenyataan tulus dari persepsi diri dan tiada siapa dapat menyalahkan bagaimana rupa persepsi diri terukir. Orang hanya boleh mengatakan mereka mempunyai persepsi yang berbeza. Hanya hal-hal yang sudah qat'i dari nas Quran dan Sunnah sahaja kita tak boleh pertahankan persepsi kita jika ia tidak selari dan selaras.
Aku hanya ingin memahami diriku dengan menjejak semula masa lalu, melakarkan semula gambaran hidup orang kerdil seperti aku yang selama ini hanya wujud dalam ingatan dan cuba dicurahkan dalam bentuk tulisan yang mudah-mudahan tidak terlalu jauh untuk memberi gambaran sebenar pengalaman yang dilalui. Dengan dorongan seperti ini, tidak ada tekanan untuk menyatakan apa yang hendak dinyatakan kerana ia adalah kenyataan tulus dari persepsi diri dan tiada siapa dapat menyalahkan bagaimana rupa persepsi diri terukir. Orang hanya boleh mengatakan mereka mempunyai persepsi yang berbeza. Hanya hal-hal yang sudah qat'i dari nas Quran dan Sunnah sahaja kita tak boleh pertahankan persepsi kita jika ia tidak selari dan selaras.
Aku bukan mengasah bakat kerana di usia ini, tiada banyak harapan untuk menguji bakat untuk terlihat hebat. Aku hanya mengajar diri untuk mengekspresi diri walau sana sini kan tampak lemah dan cacat. Tapi jejak yang ditinggal biarlah menjadi pelajaran, jadi keazaman buat yang sempat terserempak. Hidup dalam dunia nsebagai insan kerdil sudah biasa tak terliput oleh media massa untuk tatapan awam bahkan biasa dipandang rendah, tak berwibawa dan tercemoh.
Bila mengingat akan setiap kata lisan atau tertulis yang tertuang akan mencipta pahala dan dosa, tiada satu pun bakal terlepas dari catatan kiraman katibin, maka setiap ketukan di papan kekunci kenalah selalu beringat akan apa yang bakal dipertanggungjawabkan. Memuji biarlah kerana menghargai bukan kerana mengharap balas budi. Mencaci jangan sekali, lebih-lebih lagi jika empunya diri yang dicaci juga setalian darah tak bakal bercerai abadi. Lebih-lebih lagi ayah bonda sendiri yang sudah barang tentu hidup lama bersama mendudukkan mereka pada posisi yang sangat kita kenali. Banyak suka dan duka bersama mereka kita lalui. Kalau nak diingat banyak benar-benar ayah bonda diri ini tak disenangi lantaran kehendak nafsu diri tak tak terpenuhi. Tapi mengingat akan perintah Allah jua kepada ayah bonda jua wajib berbakti, maka tiadalah makna kelemahan mereka yang manusiawi kerana sudah tentu mereka pun tiada maksud nak menganiaya diri.
Jasa mereka melalui mana ditakdirkan Allah diri ini hadir di dunia, bersabarnya ibu dengan kesusahan semasa diri membebankannya dalam kandungan untuk 9 bulan tanpa pilihan, mempertaruhkan nyawa melahirkan diri ini dengan persoalan akankah hidup atau mati demi melihat anak kesayangan, bersekang mata ibu melayan diri yang bertangisan tanpa mengira jauh malam atau dini hari, loya mencium najis diri terpaksa ditahan tak tega membiarkan diri yang bayi bergelumang dalam kencing dan tahi, dengan senyuman melayan diri yang bayi minta disusukan, dibelai hingga tertidur dalam khayalan, apa dipinta selagi boleh dilayan supaya diri mengukir senyuman, semuanya membuat diri tiada sebab untuk menyalahkan segala kekurangan ayah ibu sebagai manusia.
Jasa mereka melalui mana ditakdirkan Allah diri ini hadir di dunia, bersabarnya ibu dengan kesusahan semasa diri membebankannya dalam kandungan untuk 9 bulan tanpa pilihan, mempertaruhkan nyawa melahirkan diri ini dengan persoalan akankah hidup atau mati demi melihat anak kesayangan, bersekang mata ibu melayan diri yang bertangisan tanpa mengira jauh malam atau dini hari, loya mencium najis diri terpaksa ditahan tak tega membiarkan diri yang bayi bergelumang dalam kencing dan tahi, dengan senyuman melayan diri yang bayi minta disusukan, dibelai hingga tertidur dalam khayalan, apa dipinta selagi boleh dilayan supaya diri mengukir senyuman, semuanya membuat diri tiada sebab untuk menyalahkan segala kekurangan ayah ibu sebagai manusia.
Belum lagi bila membesar, adik-adik pun sampai giliran mengisi kehidupan, beban ayah ibu ikut bertambah, perhatian ibu ayah mahu tak mahu diagihkan. Diri yang sudah mulai membesar sedar diri bahawa diri sudah ada tanggungjawab dan kewajiban, mengasihi adik-adik, meringankan beban dan memberi teladan. Ayah diri ini bukan seorang yang insan beruntung berpendapatan lumayan hanya mengais rezeki selagi mampu diraih. Sudah tentu bukan salahnya tidak berkecukupan. Ayah meredah hutan berbulan untuk kembali sekali sekala membawa hasil jerih untuk dirasa bersama. Yang justeru harus mengerti adalah diri ini yang patut memberi bakti dengan meringankan beban selagi ada daya disumbangkan dan sekuat nafsu ditekan. Ayah tetap berjasa besar di mata diri walaupun banyak benar kekurangan yang boleh jadi alasan untuk diri tidak beringatan. Ibu tetap ratu hati walaupun banyak yang tidak ibu sempat tunaikan kerana ibu juga manusia kerdil penuh batasan kemampuan. Kalau mengingat Allah sentiasa menyediakan keperluan dalam segala yang kekurangan itu, tiada sebab untuk mengeluh dan mengadu ketiadaan.
Sudah 47 tahun umur diri ! Tiada pernah ingat terkasar kata dan kelakuan menunjukkan protes dan melawan depan ibu ayah. Semoga Tuhan masih memberi kekuatan pada diri untuk melengkapi usaha menjadi anak yang boleh diteladan walau jasa ibu ayah hingga bila pun kita tak mungkin terbalas dengan jutaan wang ringgit pun.
Bagaimana boleh tersaksi oleh diri ramainya anak-anak hari ini membuat ibu bapa mereka sebagai bahan makian di depan kawan, lalu kawan pun ikut mengutuk kononnya untuk membela dirinya yang 'teraniaya' ? Sebabnya pun tak perlulah berat bertan-tan kesalahan. Hanya kalau rasa tersinggung sedikit pun, ibu ayahnya dituntut mengemis menyembah bagaikan dirinya bertakhta di puncak kerajaan. Di laman maya anaknya membina imej diri bagai manusia mulia dan sempurna, tanpa handai taulan sedar ibu ayahnya sudah didampar bagai sampah terbuang. Bahkan ibu ayahnya macam jamban yang dibenci kerana dianggap busuk oleh kotoran dan hanya terpaksa didatangi bila ada hajat dan keperluan. Kalau diingat Nabi bercerita tentang besarnya dosa memaki hamun ayah bonda disebabkan kita memaki hamun ayah bonda orang, lalu orang itu membalas dengan memaki hamun ayah bonda kita, maka berapa besar pula dosa seorang anak memfitnah ibu bapanya di alam maya sehingga orang yang tak tahu pangkal hujung cerita pun ikut memaki hamun ayah bondanya ? Nauzubillah ... semoga tak sampai begitu pada anak-anakku.
Kalau diri ingat redha Allah hanya pada ayah bonda, tiada berani diri berkelakuan jika ayah bonda bakal berkecil hati atau mengalah kerana anak sudah ada kehidupan sendiri. Mereka adalah ujian iman dan kesabaran kepada kita. Ya Allah, beri aku kekuatan dalam ujian menjadi anak yang soleh meski dalam keadaan diri tidak sanggup menanggung beban.
Wednesday, October 12, 2011
Pengalaman sakit agak serius dan iktibar dari bius di hospital.
Sayangnya Allah kepada diri saya ! Selepas sekian lama menikmati limpahan kurniaan Allah, sihat dalam kebanyakan masanya, tiba-tiba Allah tarik balik buat sementara untuk menambah keinsafan bahawa saya mungkin sudah lali tentang keberadaan nikmat itu. Inilah kali pertama saya dimasukkan ke wad hospital sepanjang hayat. Sebelum ini pernahlah juga saya dibedah kecil di kawasan kuping telinga dan sekali lagi di mata kiri menggantikan kanta yang rosak disebabkan katarak. Semuanya hanya sebentar dan sakit yang diderita tidaklah padan untuk kita mengadu dan mengaduh dibandingkan nikmat berpuluh tahun disirami kesedapan dan kenyamanan hidup oleh yang Maha Pengasih.
Pada hari Rabu, 7 Sept 2011, selepas menghantar anak saya Aisyah ke Airport untuk meneruskan belajar di Pondok Gontor, Indonesia, saya mula terasa sakit di "kawasan pembuangan" tubuh saya. Sehingga hari Jumaat saya tak berapa menghiraukan kerana menganggap ia sementara sahaja. Kian hari nampaknya sakitnya tak berkurang dan saya dapati kawasan sakit itu semakin pejal dan panas. Tidur pun sudah mulai tidak dapat kerana sakitnya tak surut. Menjadi tabiat saya bila ada sakit, saya akan mula buat search di internet dengan harapan sakit yang diderita dapat diagak dan dibuat rawatan sendiri bila masih memungkinkan. Paling kurang pun kita sudah boleh memberi pandangan yang membantu doktor membuat diagnos yang lebih tepat dan rawatan yang benar-benar menyembuhkan, dengan izin Allah.
Dari hasil pencarian maya yang dibuat, bila dibandingkan dengan symptom yang dirasai, kemungkinan terbesar sakita yang dialami adalah perianal abscess. Pada hari Jumaat, 9 Sept 2011, saya sudah tidak dapat mengeluarkan buang air besar. Dari apa yang saya faham dari hasil bacaan, kemungkinan terbesar sebabnya adalah pembengkakan yang sudah menutup saluran pengeluaran najis. Dipaksa sekuat hati pun tak mampu menyingkir kotoran yang sudah berkumpul dalam tubuh. Sudah 2 hari Allah tarik nikmat mengeluarkan buangan dari tubuh dan sudah tentunya juga toksin dalam tubuh sedang terbina oleh buangan yang tidak dapat melalui salurannya. Info internet yang saya perolehi juga menyatakan bahawa satu-satunya jalan untuk menyelesaikannya ada pembedahan.[ Huh !] Inilah cara rawatan yang selama ini, selagi boleh, tidak ingin saya melaluinya. Selain dari tidak tahan sakit semasa dibedah meski sudah dibius, saya juga penderita kencing manis peringkat awal yang mungkin menyebabkan proses penyembuhan makan masa, bahkan lebih risau lagi tak sembuh-sembuh. Untuk tindakan segera saya langsung minta diperiksa doktor di kampus untuk direkomenkan ke hospital pakar di Ipoh.
Tanggungjawab sebagai Penolong Pendaftar Nikah juga menunggu. Satu pasangan minta dinikahkan pada malam 9 hb Sept dan 3 pasangan lagi pada 10 Sept. Jika tidak kerana rasa tanggungjawab, dek tidak tahan oleh kesakitan setiap kali duduk, saya sudah menghilangkan diri ke hospital. Kerana mengingat perkahwinan itu satu peristiwa besar dan sangat besar ertinya kepada pasangan yang memerlukan khidmat saya, maka saya tangguhkan pergi ke hospital walau harus menahan sakit.
Malam itu, saya sempat menikahkan anak Pak Yazid dengan pasangannya di Bandar Universiti dalam keadaan menahan sakit ditahan dengan senyuman, yang tidak sampai hati nak tunjukkan di hadapan pengantin. Esok harinya saya minta 3 pasangan lagi datang pada waktu yang sama dan memberitahu mereka kerana saya perlu mendapat rawatan segera di hospital. Tapi mungkin kerana tak terbayangkan oleh mereka rawatan seperti apa yang saya perlukan, mereka datang ikut masa yang mereka atur sendiri secara berasingan. Selepas satu pasangan, satu lagi saya terpaksa ulang semua prosesnya hinggalah selesai menjelang pukul 12.30 ptg. Isteri dan anak-anak sudah bersedia menunggu di luar masjid untuk membawa saya ke hospital seperti yang saya pesan.Dalam keadaan agak kurang berdaya, isteri saya menggagahkan diri membawa kereta kerana saya tak boleh duduk atas kerusi seperti biasa. Rasa bersalah yang amat sangat kepada isteri yang sudah berat dengan bebannya sendiri. Bagaimana hendak membalas kesetiaan isteri tersayang ?
Malam itu, saya sempat menikahkan anak Pak Yazid dengan pasangannya di Bandar Universiti dalam keadaan menahan sakit ditahan dengan senyuman, yang tidak sampai hati nak tunjukkan di hadapan pengantin. Esok harinya saya minta 3 pasangan lagi datang pada waktu yang sama dan memberitahu mereka kerana saya perlu mendapat rawatan segera di hospital. Tapi mungkin kerana tak terbayangkan oleh mereka rawatan seperti apa yang saya perlukan, mereka datang ikut masa yang mereka atur sendiri secara berasingan. Selepas satu pasangan, satu lagi saya terpaksa ulang semua prosesnya hinggalah selesai menjelang pukul 12.30 ptg. Isteri dan anak-anak sudah bersedia menunggu di luar masjid untuk membawa saya ke hospital seperti yang saya pesan.Dalam keadaan agak kurang berdaya, isteri saya menggagahkan diri membawa kereta kerana saya tak boleh duduk atas kerusi seperti biasa. Rasa bersalah yang amat sangat kepada isteri yang sudah berat dengan bebannya sendiri. Bagaimana hendak membalas kesetiaan isteri tersayang ?
Sebaik sahaja selesai, saya tidak membuang masa ke Perak Community Specialist Hospital seperti yang direkomenkan doktor. Sesampainya di Unit Kecemasan, dan semua prosedur pemeriksaan telah dibuat, saya dimasukkan ke wad yang membolehkan saya tinggal seorang sahaja di wad. Semasa doktor datang mendiagnos, saya beritahu saya sudah tidak makan sejak semalam dan berharap dapat dibedah segera. Doktor yang mulanya menyatakan akan membedah esok, alhamdulillah, memutuskan untuk menjalankan pembedahan segera selepas mendapat maklum bahawa pakar bius dan bilik bedah sedia untuk pembedahan saya.
Sepanjang dalam perjalan ke bilik bedah, ditolak di atas stretcher, inilah kali pertamanya saya merasa sangat tidak berdaya dan hanya berserah kepada Allah apa sahaja yang hendak diperlakukan kepada saya. Yang penting saya dapat segera melepaskan diri dari kerisauan oleh penyakit yang diderita. Kalau nak difikirkan tidaklah separah mana pun dibandingkan dengan orang lain. Hanya kerana ia saya anggap paling serius dalam hidup saya, maka terasa risau lebih sedikit kali ini. Perjalanan ke bilik bedah pula berbelit-belit. Sampai di sana, saya diberi suntikan dan tak lama selepas itu tak tahu apa-apa yang berlaku sehinggalah saya merasakan ada tepukan membangunkan saya memberitahu, "Encik ! Sudah selesai ya !" Dalam hati saya membisik, "Eh ! Macam tu aja ?"
Sepanjang dalam perjalan ke bilik bedah, ditolak di atas stretcher, inilah kali pertamanya saya merasa sangat tidak berdaya dan hanya berserah kepada Allah apa sahaja yang hendak diperlakukan kepada saya. Yang penting saya dapat segera melepaskan diri dari kerisauan oleh penyakit yang diderita. Kalau nak difikirkan tidaklah separah mana pun dibandingkan dengan orang lain. Hanya kerana ia saya anggap paling serius dalam hidup saya, maka terasa risau lebih sedikit kali ini. Perjalanan ke bilik bedah pula berbelit-belit. Sampai di sana, saya diberi suntikan dan tak lama selepas itu tak tahu apa-apa yang berlaku sehinggalah saya merasakan ada tepukan membangunkan saya memberitahu, "Encik ! Sudah selesai ya !" Dalam hati saya membisik, "Eh ! Macam tu aja ?"
Rupanya saya telah dipengsankan. Mulanya saya ingat pembedahan dilakukan dengan pembiusan setempat sahaja. Elok jugalah saya tak rasa apa-apa yang dibuat ke atas diri saya. Sekarang tinggal menunggu kesembuhan. Ceria sungguh rasanya selepas pembedahan saya bertemu dengan isteri dan anak-anak yang menunggu di wad. Saya semacam satu suasana baru selepas penderitaan sebentar itu. Mungkin kerana masih terkesan bius, saya tidak merasa apa-apa kelainan selain dari terdapat bandage dan kapas menutup tebal di bahagian tubuh yang dibedah.
Sepanjang beberapa hari di wad, bermacam-macam jenis cairan yang dimasukkan ke dalam tubuh saya melalui saluran jarum yang didesain macam 'paip' di tangan saya membuat saya serasa masih tidak berdaya. Banyak hal yang membuat saya kena memanggil jururawat untuk membantu saya dan ini membuat saya sedikit risih. Saya tak biasa memerintah dan meminta apa-apa hal yang boleh membuat orang terasa berat dan susah meskipun memang mereka sudah dibayar untuk itu. Kalau bukan terpaksa saya pun tidak mahu menyusahkan sesiapa untuk hal peribadi seperti ini. Saya sudah sangat biasa melakukan kerja sendiri, memberi dan menawarkan khidmat kepada orang dan jarang sekali meminta dan menerima khidmat serta mengharapkan jasa orang. Selalu terngiang di telinga saya pesan guru saya, "Berjasalah dan jangan minta jasa !" Di hospital ini nampaknya saya kerana terima hakikat saya kena menyusahkan orang dan harap tidak menjadi manja.
Untung juga sepanjang di hospital saya dibenarkan menggunakan laptop. Sempatlah juga menyelesaikan detail budget yang perlu mendapat kelulusan DVC dan dihantar ke Finance sebelum 12 Sept 2011. Setelah menyelesaikan semua butir budget ke dalam format excel di atas katil hospital dengan bantuan anak sulong saya, saya emailkan ke Ust Zuriat untuk membantu saya memasukkan ke input di PC pejabat saya keesokan harinya. Anak saya mendampingi saya selama 3 hari pertama. Dapatlah juga membantu apa yang patut.
Saya puas hati boleh menyelesaikan tugas kritikal seperti ini dari katil hospital. Kerana tidak mengetahui apa yang harus saya lalui, mungkin ia tidaklah begitu bernilai kepada orang lain. Dalam keadaan seperti ini, tidak sedikit orang yang saya temui menjadikannya sebab untuk tidak menyelesaikan tanggungjawab atau dengan mudah menyerahkannya kepada orang lain. Mungkin dalam situasi lain ia boleh didelegasikan oleh orang lain bila memungkinkan kerana itu juga merupakan ciri pengurusan yang cekap.
Dari katil hospital jugalah saya mengikuti perkembangan semua program dan projek dengan cara berkomunikasi dengan mahasiswa melalui egroup, email dan fb. Disebabkan masih mampu berinteraksi dari katil hospital, maka tak ramai yang menjangkakan saya benar-benar di hospital. Bahkan HRM yang biasanya memaklumkan staf ada di hospital pun tidak memaklumkannya seperti biasanya mereka lakukan. Ok, jugalah untuk membolehkan saya mendapat rawatan semaksimum mungkin terutama sekali masa ini saya risau luka bedah saya mungkin tidak sembuh oleh kencing manis.
Ini moment yang bermakna buat saya sepanjang hayat. Saya semakin berumur dan sudah mula menginventorikan sekoleksi penyakit. Sudah lama saya sedari saya sudah tidak muda lagi untuk bersikap dan beraksi selayaknya ketika saya masih muda dahulu. Saya sudah mulai banyak mengalah kepada kelemahan fizikal walaupun semangat tinggi untuk berprestasi seperti ketika masih belia. Bila sudah mulai 'naik taraf' masuk hospital semakin ketara rasanya ketuaan saya. Bahkan beberapa orang sahabat yang sebaya pun sudah almarhumun.
Bila mengingat tua pula, saya ingat emak yang sudah tua. Emak sempat cemas menelefon saya bertanyakan apa yang kena dengan saya bila mengetahuinya dari adik saya lewat FB. Bila sudah tahu, emak lega dan dengan suara keibuan yang selalu saya rindu emak berdoa untuk kesembuhan saya. Mendengar suara ibu pun saya sudah cukup tenang.
Bila mengingat tua pula, saya ingat emak yang sudah tua. Emak sempat cemas menelefon saya bertanyakan apa yang kena dengan saya bila mengetahuinya dari adik saya lewat FB. Bila sudah tahu, emak lega dan dengan suara keibuan yang selalu saya rindu emak berdoa untuk kesembuhan saya. Mendengar suara ibu pun saya sudah cukup tenang.
Sambil itu teringat juga saya kata-kata Imam Ghazali bahawa yang paling dekat dengan kita adalah kematian dan paling jauh dari kita adalah masa lalu. Bagaimanakah kita boleh merasa nyaman dan aman hidup di dunia dengan memanja-manjakan diri seolah-olah kita begitu banyak masa mengumpulkan amal sebagai bekalan akhirat kita ? Setiap detik hidup kita bernilai untuk menambah amal dan menebus kesalahan lalu.
Merenung pula kehidupan di sekeliling kita, saya teringat dengan bius yang diserapkan ke segenap saraf dan sendi tubuh saya sehingga kesakitan yang saya sepatutnya alami tidak terasa langsung sepanjang pembedahan. Ia juga mengingatkan saya kepada satu karya allahyarham Azizi Abdullah memaparkan kemiskinan yang diderita oleh rakyat kecil. Mereka sudah alah bisa tegal biasa. Sementara itu pula manusia lain jadi kebah oleh kebiasaan menikmati kenyamanan hidup sehingga tidak terasa dianiaya atau ditindas kerana dicelup dalam kemewahan.
Dari sisi lain pula, bius kehidupan ini amat membahayakan. Iman kita seharusnya menjadi sensor kepada bahaya fahsya' dan munkar yang datang merayap tanpa menyergap. Selagi iman kita sensitif, setiap sentuhan kemunkaran akan menyedarkan kita dari lamunan. Kita akan bingkas mengelaknya atau membantainya sampai tak tergeletak.
Ada pula yang sudah lama diraba terasa nyaman yang membelaikan. Bahkan sekali-sekala dicubit pun kita tahan, bahkan minta dicubit lagi kerana kenyamanan telah mengatasi kesakitan. Lama-lama kita disayat dalam kenyamanan, berbuat dosa pun kita tidak mengaduh. Tak perlu ubat bius untuk kita menghilangkan rasa sakitnya kerana saraf penyentak bahaya tidak lagi berhubung dengan bahagian otak kita yang menyedarkan rasa sakit. Sistem refleks kita yang berpusat di tulang belakang pun sudah kehilangan fungsi. Inilah biusan rasa tidak berdosa yang lebih berbahaya daripada ancaman segala macam penyakit fizikal. Bahayanya tidak terasa tapi ia bagai api dalam sekam, diam-diam sudah membakar semuanya dari dalam tanpa tanda kebakaran mencemaskan dari luar.
Ada pula yang sudah lama diraba terasa nyaman yang membelaikan. Bahkan sekali-sekala dicubit pun kita tahan, bahkan minta dicubit lagi kerana kenyamanan telah mengatasi kesakitan. Lama-lama kita disayat dalam kenyamanan, berbuat dosa pun kita tidak mengaduh. Tak perlu ubat bius untuk kita menghilangkan rasa sakitnya kerana saraf penyentak bahaya tidak lagi berhubung dengan bahagian otak kita yang menyedarkan rasa sakit. Sistem refleks kita yang berpusat di tulang belakang pun sudah kehilangan fungsi. Inilah biusan rasa tidak berdosa yang lebih berbahaya daripada ancaman segala macam penyakit fizikal. Bahayanya tidak terasa tapi ia bagai api dalam sekam, diam-diam sudah membakar semuanya dari dalam tanpa tanda kebakaran mencemaskan dari luar.
Teknik membiusnya pun semakin canggih bersama dengan drastiknya kemajuan teknologi. Lokasi berlaku pembiusannya tidak perlu jauh-jauh ke luar rumah kerana kita sudah menjemputnya masuk ke rumah bahkan di bilik tidur kita sendiri. Bahan-bahan bius tidak perlu melalui saraf tubuh jasadi kita lagi kerana ia cukup disuntik melalui aplikasi internet, kandungan artikel, diskusi, blogging, hiburan, game, jaringan sosial. Pendek kata tidak ada ruang yang tidak diserap oleh bius kehidupan ini sehingga usaha mengajak orang beriman sudah dianggap sebagai kontaminasi kepada kehidupan yang menganut kebebasan ini. Menjadi alim itu satu pencemaran kepada mereka bahkan boleh dikategorikan sebagai mendatangkan keresahan ke dalam ruang publik. Orang tidak lagi ditangkap kerana salah laku moral kerana nilai moral sudah berganjak. Sebaliknya pejuang hakiki menegakkan akhlak mulia sudah menjadi satu jenayah kemanusiaan. Begitu kuatnya bius dalam kehidupan ini sehingga kita khayal dalam kebanyakan masa lebih banyak dari masa kita siuman.
Maka banyak-banyaklah merawat iman kita agar ia tidak ikut terbius dan sistem penggera keselamatannya tetap berfungsi ketika bahaya mendekat.
Anak-anakku ... berhati-hatilah, nak!
Anak-anakku sayang !
Berhati-hatilah meniti liku hidup ini. Ranjaunya banyak walau tiada kelihatan di permukaan. Yang tampak di mata pun tidak kurang hanya berupa ilusi yang menipu diri. Mata kita, telinga kita alat pengesan yang mudah dibiaskan dari kenyataan. Oleh itu, mata hati kita perlu diasah dengan sabar dan kesungguhan agar ketajamannya dapat menembus apa yang tak terkesan oleh mata hakiki.
Hidup memang penuh bahaya dan ancaman. Tapi kita tiada pilihan selain harus mengharunginya. Menghindari bahayanya tidak akan melepaskan kita dari bahaya yang lain. Jadi yang kita perlu adalah kekuatan yang boleh melindungi kita dari serangan. Kita perlukan kepandaian dan kecekapan. Kita perlukan ketajaman naluri dan kata hati.
Ilmu adalah penyuluh hidup yang menerangi jalan agar yang gelap di akal menjadi terang, yang kosong di hati menjadi berisi. Ilmu tidak dicapai dengan gaya santai dan tertawa berderai tiada kawalan. Kunci ilmu tidak dibuka oleh khadam dan hamba, tapi diperolehi dengan pengorbanan masa, tenaga, perasaan dan fikiran. Ilmu juga menuntut adab murid kepada guru untuk mendapat keberkatan. Ilmu juga menuntut amal agar keberadaannya yang tersembunyi di dada mengalir ke daratan menjadi sumbangan dan teladan.
Ilmu tiada menambah bekalan jika kerananya dengan Tuhan kita jadi berjauhan. Ilmu menjadi sumber kita mengenal Keagungan Ilahi sehingga menerbitkan ketaqwaan. Ilmu menjadi sumber di dunia mendepani cabaran dan menambah bekalan untuk kehidupan selepas akhir zaman.
Monday, October 10, 2011
Menjelang fasa ketiga dalam pendakian rohani .. pra-Gontor.
Pengembaraan pertamaku mencari erti agama berlangsung dari sejak kecil sehinggalah aku rasmi belajar di sekolah agama. Fasa kedua perubahan kefahaman dan sikap terhadap agama berlaku dalam hidupku sejak dari bersekolah agama sehinggalah aku memilih untuk merantau jauh ke Pulau Jawa untuk melanjutkan dan mempertingkatkan komitmen terhadap agama. Bagaimanakah ia boleh berlaku ?
Sesampainya kami di JB, kami naik coach menuju ke Singapura. Singapura kelihatan sangat moden bagiku. Seringkali kudengar orang Sarawak memuji Singapura dari aspek kebersihan; tandasnya dikatakan harum bahkan boleh tidur. Ustaz Nahrawi membawa kami pergi ke kawasan Masjid Sultan. Beliau nampak biasa sahaja berjalan di situ kerana pernah belajar di Al-Juneid. Sempatlah kami setengah hari berjalan-jalan di Singapura. Rupanya Ust Nahrawi hanya bersama kami sampai di Singapura sahaja. Petangnya kami berangkat dari Singapura ke Jakarta dengan Haji Mokhtar sahaja.
Pendaratan di Bandara Halim Perdana Kusuma baru membuat kami benar-benar terasa di negara orang ! Kalau di Singapura, suasananya sangat serupa dengan Malaysia, di Indonesia pula komposisi manusia yang kutemui lebih banyak yang serupa; kulit Melayu dan jarang pula terselit antara mereka bangsa lain. Bahasa Indonesia yang sering kudengar dari filem-filem selama ini sekarang di depan mata. Aku bukan lagi mendengar Rano Karno, Yessy Gusman, Sopan Sophian, Roy Marten, Emilia Contessa atau artis lainnya. Aku sudah di Jakarta, bung ! Suasana di luar bandara ( aiport ) lebih bising dari yang biasa kudengar. Selain dari teriakan para calo yang mencari pelanggan, kendaraannya yang banyak terdiri dari kendaraan awam enjinnya lebih bising, dan hon dibunyikan merata-rata.
Di bumi asing ini, kami anak-anak muda yang baru sampai di bumi asing ini tiba-tiba harus merasa berhati-hati. Beg-beg kami dikumpulkan dan kami mengelilinginya untuk mengelakkan kemungkinan ia disambar orang. Tuan Hj Mokhtar sibuk menelefon ayahanda Ust Hasanuddin dan kami diarahkan naik van ke rumahnya di Tanah Abang. Keberangkatan kami pula ditemani seorang anggota polis. Dahsyatnya ! Aku pun tak faham macamana boleh seorang polis bersedia memberi khidmat menjaga keselamatan kami.
Sewaktu sampai di Jakarta, hari pun sudah malam. Kami melewati jalan-jalan yang kuperhatikan tak ada sunyi-sunyinya. Jakarta nampak sangat sebagai sebuah kota padat manusia. Sesampainya di rumah Pak Hasan, kuperhatikan juga ruangnya sempit, berhimpit dengan rumah-rumah jiran. Memang padat Jakarta pada pandanganku ketika itu. Pak Hasan kata penduduknya 10 juta ! Hampir separuh penduduk Malaysia yang baru mencapai 21 juta ketika itu.
Kami anak-anak pula ditempatkan tidur di tingkat paling atas Masjid al-Munawwarah, Kg Bali 1, Tanah Abang. Beralaskan tilam sponge setebal 2 inci dan selimut nipis, kami pun melayari malam pertama di luar negeri dalam suasana yang tak terfikirkan oleh kami. Orang yang ke luar negara biasanya bercerita tentang kemewahan yang mereka kecapi semasa di rantau orang. Sementara kami pula sedang nak tidur di bilik tak terpakai di masjid, bertilam nipis dan tiada apa-apa yang layak dikatakan mewah di sekeliling kami. Sempat juga sebelum tidur, Kassim bertanya, "Eh. Mun tempat tidur kita di pondok kelak macam tu juak, teruklah oo ? ( Eh ! Kalau tempat tidur kita di pondok macam ni, teruklah ya ?" Yang lain pun nampak macam setuju.
Pagi pertama kami bersarapan di rumah Pak Hasan, terdengar dentuman macam meriam dari kejauhan. Pak Hasan kata itu bunyi meriam dari istana Presiden. Rupanya hari itu adalah Hari Kemerdekaan Indonesia , 17 Agustus 1980. Kerana Hari Kemerdekaan merupakan hari yang paling dibesarkan oleh rakyat Indonesia, tarikh itu tak pernah kulupakan walaupun ia sudah 31 tahun berlalu. Tanpa menyiakan masa transit di Jakarta, kami keesokan harinya dibawa bersiar-siar sekitar Jakarta. Destinasi pertama kami adalah Masjid Istiqlal yang besarnya amat mengagumkanku. Kata mereka ini masjid yang terbesar di Asia Tenggara. Seberangnya tegak gagah Tugu Monumen Nasional ( Monas ) berbentuk obor dan bara apinya dicat dengan cat emas tulen.
Tempat kedua yang kuingat adalah Masjid al-Azhar yang juga dikenali ramai sebagai masjid tempat berpangkalannya Prof Dr Hamka. Sulaiman terbelit lidah membaca alamatnya Sisingamangaraja. Siangnya kami berpisah. Yang ke Bogor dan ke Gontor akan memulakan perjuangan masing-masing. Kami yang ke Gontor dihantar ke Terminal Bis Pulo Gadung. Perjalanan kami ke Madiun mengambil masa satu malam. Kami menaiki van ( colt ) ke Gontor disambut oleh Panitia Bulan Syawal. Orang yang menyambut kami adalah Umar Syarifuddin, anak Kiyai Fathullah Harun, santri Kelas Enam . Kebetulan banget ! Allah yang merancang semuanya.
Perancangan Allah untukku di Gontor kini bermula !
Terhadap pendidikan agama, sukar aku hendak mengatakan ia disebabkan minat yang teramat sangat sehingga aku sanggup mengorbankan kecenderungan dan cita-cita lain untuk memperolehinya. Ramai orang fikir kita hanya akan berjaya bila melakukan sesuatu kerana minat. Padaku ia lebih berupa keperluan yang aku tak boleh tidak meraihnya jika peluangnya ada. Harapanku untuk mengecapi pendidikan agama secara formal yang kuanggap punah rupanya sudah dibuka pintunya oleh Allah swt. Tentang nasib untung kehidupan duniaku, biarlah difikirkan kemudian. Inilah gejolak, keresahan dan sekaligus adalah dilema yang berlaku dalam diri di peringkat akhir fasa kedua pengembaraan keagamaanku.
Sejak di SMB Sacred Heart, minatku terhadap sains dan matematik amat tinggi. Begitu juga dengan pelajaran bahasa Inggeris yang paling ketara peningkatannya di bawah bimbingan Mr Lim Swee Liong, seorang guru yang mesra-mesra garang dan tegas. Pelajaran yang paling boring dalam pandanganku ketika itu adalah Sejarah. Masa tu kami batch yang terakhir belajar World History sebelum Sejarah Malaysia diperkenalkan kepada batch selepas kami. Mungkin kerana cara cikgu yang mengajarnya dari Tkt 1 hingga Tkt 3 hanya satu-satunya dengan menyalin nota dan menyalin nota pada setiap sessi. Cikgu hampir tak pernah bercakap tentang sikap terhadap sejarah. Tapi bila bercakap tentang sains, ia mencabar minda logikku. Sebagai tambahan kepada minatku, aku menambah bacaan ke luar ruang lingkup silabus sekolah dengan mengumpulkan bahan-bahan berkaitan dengan angkasa lepas. Setiap berita berkaitan dengan UFO, penerokaan angkasa oleh NASA, penemuan aneh tentang dunia luar bumi sangat menarik minatku. Aku sudah memancangkan cita-cita hendak menjadi ahli astronomi walaupun tak pasti di mana hendak menyambung pelajaran jika sudah sampai masanya.
Sepanjang duduk di Tingkatan 4, aku dapati aku ada kecenderungan tersendiri terhadap bahasa. Agaknya bakat dalam linguistik ada. Bahasa Inggeris yang kugunakan dalam kelas composition sering cenderung lebih advanced dari bahasa yang searas dengan tingkatan yang kududuki hasil pembacaan tambahan yang kulakukan di perpustakaan kecil Daerah Binatang. Perpustakaan menjadi pusat tumpuan bila tidak bersekolah. Kebanyakan pelajaran pun kupelajari mendahului sukatan yang sedang diajar di sekolah. Hanya beberapa subjek yang aku rasa susah nak excel seperti Biology dan Chemistry. Miss Pauline Wong, guru kami di Tingkatan 4 adalah guru yang inspiratif. Sepanjang mengajar beliau sering menyelitkan pengalaman di tempat pengajiannya di New Zealand bahkan mengaplikasikan beberapa teori di universiti untuk menyelesaikan soalan-soalan dalam mata pelajaran Add Math. Beliau juga sering menjadikan composition yang kubuat sebagai contoh penggunaan bahasa yang baik. Setiap kali hasil tulisanku mendapat perhatian aku mendengar komen sinis seorang pelajar Cina, Tiong Ja Fuh (sorry to mention your name) , yang merupakan pelajar terbaik L.C.E. Kami hanya dipisahkan dengan 2 agregat. Aku tidak merasa risih dengan cemohannya terhadapku kerana ejekannya yang banyak menyentuh tentang ke-Melayuanku yang dianggapnya inferior tidak berkait rapat dengan prestasi sebenarku. Ia menjadi pemacu untuk aku buktikan nanti dalam MCE dia tidak lagi boleh menyombong diri sebagai best student seperti di LCE yang lepas.
Pengalaman luaran tadi telah mencipta satu rasa terpanggil untuk berbuat sesuatu yang lebih baik untuk agama yang kuyakini dan selama ini tidak kusumbangkan sebanyak mana untuk memartabatkannya. Meskipun tidak seberapa ilmuku, tapi rakan-rakan sering menjadikan aku sebagai rujukan. Aku selalu ingin menjadi inspirator untuk mereka ikut meskipun ketika itu tidak lagi kukenali hadith yang menawarkan pahala yang serupa dengan pengamalnya jika aku mengajak orang berbuat baik. Ia macam timbul dari naluri ingin menjadi baik dan membawa orang jadi baik. Pernah semasa di tingkatan 4, seorang pelajar perempuan Cina yang hendak berdebat dalam tajuk "Capital Punishment" mengajakku berdiskusi untuk mendapatkan input pandangan Islam tentang hukuman mati. Ketika itu, tiada dalil naqli yang mencukupi hasil pendidikan asas agama yang kupelajari di Sibu. Jawapanku pun banyak bersandarkan dalil aqli. Tapi nampaknya sahabat sekelasku yang menerima input itu nampaknya cukup puas dengan point yang nak dijadikannya bekalan berdebat dengan lawannya. Sayangnya pasukannya kalah semasa pertandingan.
Aku semakin merasa terpanggil untuk menjadi seorang pembela agama tapi aku tidak ada tempat untuk mempertingkatkan kefahamanku. Pernah suatu ketika aku menyuarakan dengan Mat Ali, sepupuku yang sama tingkatan di SM Kai Chung dan kami setuju kalau boleh ke sekolah agama di Kuching kami akan pergi bersama. Tapi nampaknya sistem sekolah kita tidak mengizinkan kami yang dari sekolah biasa ke Tingkatan 4 sekolah agama. Punah harapan rasanya.
Di Binatang jarang sekali juga kita mendapat peluang mendengar ceramah agama. Berbeza dengan ketika di Sibu, banyak kali mendengar kuliah dari Ust Materang Isa, Ust Matrang Seruji dan lain-lain. Sekali sekala ada juga ustaz dari Semenanjung atau Indonesia. Kali pertama aku mendengar ceramah umum adalah ketika kami dijemput ke SMK Rosli Dhoby untuk mendengar ceramah Ust Sidiq Fadhil. Aku pun tak kenal dia siapa. Dengan bahasanya yang kuanggap agak sastera, sukar sedikit mencernanya. Tapi tetapku anggap dia seorang pemidato yang hebat dan inspiratif. Kalau aku tak faham bukan salah dia, tapi aku yang kekurangan ilmu. Jadi jarang sekali sebenarnya kutemui ustaz asal Sarawak yang boleh berceramah seperti mereka.
Sepanjang di Masjid Sibu juga aku sering diberi kepercayaan azan di Masjid Sibu walaupun baru berumur 14 tahun. Encik Sirat yang menjadi bilal ketika itu tidak menghalang kami yang masih budak-budak azan. Ia menambah minat dan rasa tanggungjawab kepada agama.
Di Binatang seingatku hanya pernah sekali mendengar ceramah dari Ust Ahmad Muhammad yang dibawa dari Semenanjung. Rupanya dia orang Aceh. Selang beberapa minggu kemudian, Ust Ahmad balik lagi ke Bintangor lagi. Rupanya di terpikat dengan Ustazah Hasnah yang ditemuinya ketika menginap di rumah Pemanca Haji Amir. Dia balik untuk akad nikah. Mudahnya ! Hari berikutnya Ust Ahmad tak sempat berangkat balik dan solat Jumaat di masjid Bintangor. Khatib yang ketika itu melihat beliau datang tepat sebelum khutbah memberi peluang kepada beliau. Ust Ahmad langsung menyambut tongkat khatib dan naik ke mimbar tanpa membuat apa-apa persiapan. Khutbah yang disampaikan tanpa persiapan itu begitu mulus dan mengesankan. Aku tak pernah menyaksikan khatib seperti beliau. Beliau menjadi satu lagi inspirasiku nak menjadi seorang ulama !
Sejak itu, selagi ada hal-hal yang berkaitan dengan agama, aku selalu ingin di hadapan. Seorang lagi tokoh pendorong yang kutemui semasa di sekolah Kai Chung adalah Cikgu Suhaimi. Berjanggut panjang, ketayap sentiasa di kepala dan berbaju gamis menjangkau sedikit di tengah paha. Beliau tidak mengajar kami tapi kerana perawakannya yang alim membuat aku sekali-sekala suka bersembang dengannya. Suatu hari, dalam perjalanan balik dari Sibu, kami naik bot ekspres, beliau mengajakku solat berjamaah di atas bot ekspres yang sedang bergerak. Masya Allah ! Inilah contoh seorang hamba yang solat di awal waktu dan di mana-mana tempat yang memungkinkan dan selama ini hukumnya hanya aku jumpai dalam buku, tapi tidak dalam praktikal.
Pengalaman kalah ketika mewakili Bahagian Keenam dalam Musabaqah Peringkat Zon sekali lagi kepada qari yang mengalahkan aku di Sibu, Wan Alim, membuatku terasa bahawa aku harus lebih jauh mencari ilmunya . Al-Quran menjadi daya tarik tersendiri buatku. Tapi kerana tidak berapa tahu apa kekuranganku yang sebenarnya dalam mempelajari al-Quran membuatku lebih penasaran mencari kekurangan daripada melihat kelebihan. Ia dorongan yang kuat untuk merantau lebih jauh.
Suatu hari aku terima telefon dari ayah di Kapit bertanya sama ada aku berminat hendak belajar agama di Indonesia. Ayahku benar-benar telah berubah pandangan terhadap kecenderungan belajar agama. Ayah dapat tahu dari Ustaz Zawawi, pegawai agama di Kapit yang sedang mencari calon untuk dihantar belajar ke Indonesia dengan biasiswa dari BINA. BINA ? Itu pertubuhan yang kukenali dari aktiviti silat di Binatang. Aku setuju dan hari interviu telah ditetapkan dan bertempat di Sibu.
Ayah menemaniku semasa interviu di Majlis Islam Sibu. Kehadiran ayah bersamaku yang jarang berkesempatan dengannya menambah semangatku untuk berjaya mendapat peluang ini. Ayahku mungkin seorang yang tidak berpendidikan agama. Tapi aku dapati dia banyak menyimpan buku-buku agama yang menjadi bacaan tambahanku di rumah bila sudah baligh. Salah satu buku yang memberi kesedaran tentang kewajiban masyarakat dalam diriku dalam koleksi buku ayah adalah buku biografi Rosli Dhoby tulisan Syed Hussein al-Attas berjudul "Kenapa Rosli Dhoby dan 3 Hero Sarawak dihukum ?". Sejauh yang kuingat semasa kami di Sibu, Nek Poi sering ke rumah seberang kami, rupanya anak saudara allahyarham Rosli Dhoby dan kata nenek lagi Nek Yak, kakak allahyarham yang ditemuinya itu masih ada hubungan sepupu dengannya.
Semasa interviu aku masih ingat ayahanda Ust Hasanuddin Abu Bakar, daie BINA berasal dari Indonesia bertanya soalan-soalan yang lebih banyak bertumpu kepada atitud. Kufikir asas agama dan pembacaan al-Quranku mencukupi. Soalan-soalan berkenaan dengan pandangan hidup rasanya juga telah kujawab dengan meyakinkan. Satu soalan yang aku tak pernah lupa sampai hari ini adalah, "Adakah nanti setelah tamat kamu akan balik ke Sarawak ?" Saya jawab dengan tegas, "Ya !" Beliau sambung lagi, "Kalau kamu kahwin dengan orang Indonesia ? " , kujawab , "Saya tetap akan balik ke Sarawak. "
Semasa interviu aku masih ingat ayahanda Ust Hasanuddin Abu Bakar, daie BINA berasal dari Indonesia bertanya soalan-soalan yang lebih banyak bertumpu kepada atitud. Kufikir asas agama dan pembacaan al-Quranku mencukupi. Soalan-soalan berkenaan dengan pandangan hidup rasanya juga telah kujawab dengan meyakinkan. Satu soalan yang aku tak pernah lupa sampai hari ini adalah, "Adakah nanti setelah tamat kamu akan balik ke Sarawak ?" Saya jawab dengan tegas, "Ya !" Beliau sambung lagi, "Kalau kamu kahwin dengan orang Indonesia ? " , kujawab , "Saya tetap akan balik ke Sarawak. "
Setelah membaca kandungan iklan itu tempat yang kupilih adalah Pondok Modern Gontor berdasarkan subjek yang disenaraikan seperti Bahasa Arab, Tauhid, Fiqah, Psikologi, Keguruan dan ko-kurikulumnya seperti pidato dan lainnya. Pilihan satu lagi Pondok Pesantren Darul Fallah, Bogor kurang menarik minatku walaupun jangka masa pengajiannya nampak lebih singkat.
Tidak lama kemudian aku mendapat surat tawaran belajar di Gontor. Selain dari melihat nama institusi itu aku sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang kelebihan Gontor itu. Pada asalnya aku memilih Gontor bukan kerana ia sudah dikenali hebat, tapi kerana aku sedang mencari tempat yang boleh menerimaku belajar lebih dalam tentang agama. Allah juga mentaqdir pilihanku jatuh kepada Gontor. Sementara pilihanku untuk berhijrah cita-cita kepada bidang agama pula lebih didorong oleh rasa terpanggil untuk menjadi seorang lagi anak Sarawak yang boleh menyumbang kepada kekuatan agama Islam di negeri Sarawak. Kurangnya penceramah asal Sarawak yang kutemui juga mendorongku. Kurangnya tokoh agama yang berlatarbelakangkan pelajar aliran Sains adalah sisi lain yang mencabarku. Sikap ayah yang sudah berubah terhadap pendidikan agama seperti melancarkan perjalananku.
Akhirnya hari keberangkatan sudah ditentukan. Kami dikumpulkan di Kuching sebaik sahaja selesai Hari Raya Idul Fitri pada tahun 1980. Kemudian baru kutahu kami kena mengejar tarikh tutup pendaftaran Ujian Masuk Gontor pada 10 Syawal setiap tahun. Kami para pelajar yang terpilih akan dikumpulkan di Kuching. Itulah juga kali pertama ayahku membeli kereta baru, sebuah kereta Subaru yang sering kami tonton iklannya di TV "Subaru baru !". Hari pertama kereta itu dibeli ia sudah dipaksa berjalan jauh merempuh jarak hampir 400 km dari Bintangor ke Kuching melalui jalan darat setengahnya ada tar dan setengah pula jalan batu dan tanah berdebu. Sayang juga melihat kereta baru yang sudah kena menjalankan tugas lasak.
Di Kuching baru kuketahui, hanya dua orang kami yang terpilih ke Gontor. Seorang lagi adalah sahabat baruku, Kassim Zainuddin dari Miri. Tiga orang yang terpilih ke Bogor adalah Idris Ahmad dan Syed Ahmad dari Lawas serta Yakub Abdullah dari Sibu dan Sulaiman Abdullah. Dua orang lagi adalah anak Tuan Haji Mokhtar Khan, imam Masjid Miri iaitu Iskandar dan Razali. Mereka dibiayai sendiri oleh beliau.
Di Kuching baru kuketahui, hanya dua orang kami yang terpilih ke Gontor. Seorang lagi adalah sahabat baruku, Kassim Zainuddin dari Miri. Tiga orang yang terpilih ke Bogor adalah Idris Ahmad dan Syed Ahmad dari Lawas serta Yakub Abdullah dari Sibu dan Sulaiman Abdullah. Dua orang lagi adalah anak Tuan Haji Mokhtar Khan, imam Masjid Miri iaitu Iskandar dan Razali. Mereka dibiayai sendiri oleh beliau.
Malam sebelum berangkat, kami dibawa bertemu dengan Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Dato' Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub yang juga Yang DiPertua BINA. Inilah kali pertama aku bertemu secara langsung dan diajak bersembang oleh Ketua Menteri. Pertemuan itu membuatku merasa bahawa pemilihan kami bukanlah satu misi biasa-biasa sahaja tapi satu harapan tinggi untuk masyarakat Sarawak.
Penerbangan kami esoknya diiringi oleh Ust Narawi Abdul Rahman melalui Johor Bahru dan Singapura. Meskipun sedih meninggalkan keluarga yang kusayangi, aku sangat teruja. Kami hanya dibenarkan balik 2 tahun kemudian. Ini kali kedua aku naik kapalterbang. Kali pertama adalah ketika mewakili Bahagian Keenam untuk Musabaqah peringkat negeri di Kuching. Hanya naik Fokker 27. Kali ini naik Boeing 737 Johor Bahru dan seterusnya ke sebuah negara yang selama ini hanya kubaca melalui atlas, Singapura.
Sesampainya kami di JB, kami naik coach menuju ke Singapura. Singapura kelihatan sangat moden bagiku. Seringkali kudengar orang Sarawak memuji Singapura dari aspek kebersihan; tandasnya dikatakan harum bahkan boleh tidur. Ustaz Nahrawi membawa kami pergi ke kawasan Masjid Sultan. Beliau nampak biasa sahaja berjalan di situ kerana pernah belajar di Al-Juneid. Sempatlah kami setengah hari berjalan-jalan di Singapura. Rupanya Ust Nahrawi hanya bersama kami sampai di Singapura sahaja. Petangnya kami berangkat dari Singapura ke Jakarta dengan Haji Mokhtar sahaja.
Di bumi asing ini, kami anak-anak muda yang baru sampai di bumi asing ini tiba-tiba harus merasa berhati-hati. Beg-beg kami dikumpulkan dan kami mengelilinginya untuk mengelakkan kemungkinan ia disambar orang. Tuan Hj Mokhtar sibuk menelefon ayahanda Ust Hasanuddin dan kami diarahkan naik van ke rumahnya di Tanah Abang. Keberangkatan kami pula ditemani seorang anggota polis. Dahsyatnya ! Aku pun tak faham macamana boleh seorang polis bersedia memberi khidmat menjaga keselamatan kami.
Sewaktu sampai di Jakarta, hari pun sudah malam. Kami melewati jalan-jalan yang kuperhatikan tak ada sunyi-sunyinya. Jakarta nampak sangat sebagai sebuah kota padat manusia. Sesampainya di rumah Pak Hasan, kuperhatikan juga ruangnya sempit, berhimpit dengan rumah-rumah jiran. Memang padat Jakarta pada pandanganku ketika itu. Pak Hasan kata penduduknya 10 juta ! Hampir separuh penduduk Malaysia yang baru mencapai 21 juta ketika itu.
Kami anak-anak pula ditempatkan tidur di tingkat paling atas Masjid al-Munawwarah, Kg Bali 1, Tanah Abang. Beralaskan tilam sponge setebal 2 inci dan selimut nipis, kami pun melayari malam pertama di luar negeri dalam suasana yang tak terfikirkan oleh kami. Orang yang ke luar negara biasanya bercerita tentang kemewahan yang mereka kecapi semasa di rantau orang. Sementara kami pula sedang nak tidur di bilik tak terpakai di masjid, bertilam nipis dan tiada apa-apa yang layak dikatakan mewah di sekeliling kami. Sempat juga sebelum tidur, Kassim bertanya, "Eh. Mun tempat tidur kita di pondok kelak macam tu juak, teruklah oo ? ( Eh ! Kalau tempat tidur kita di pondok macam ni, teruklah ya ?" Yang lain pun nampak macam setuju.
Pagi pertama kami bersarapan di rumah Pak Hasan, terdengar dentuman macam meriam dari kejauhan. Pak Hasan kata itu bunyi meriam dari istana Presiden. Rupanya hari itu adalah Hari Kemerdekaan Indonesia , 17 Agustus 1980. Kerana Hari Kemerdekaan merupakan hari yang paling dibesarkan oleh rakyat Indonesia, tarikh itu tak pernah kulupakan walaupun ia sudah 31 tahun berlalu. Tanpa menyiakan masa transit di Jakarta, kami keesokan harinya dibawa bersiar-siar sekitar Jakarta. Destinasi pertama kami adalah Masjid Istiqlal yang besarnya amat mengagumkanku. Kata mereka ini masjid yang terbesar di Asia Tenggara. Seberangnya tegak gagah Tugu Monumen Nasional ( Monas ) berbentuk obor dan bara apinya dicat dengan cat emas tulen.
Tempat kedua yang kuingat adalah Masjid al-Azhar yang juga dikenali ramai sebagai masjid tempat berpangkalannya Prof Dr Hamka. Sulaiman terbelit lidah membaca alamatnya Sisingamangaraja. Siangnya kami berpisah. Yang ke Bogor dan ke Gontor akan memulakan perjuangan masing-masing. Kami yang ke Gontor dihantar ke Terminal Bis Pulo Gadung. Perjalanan kami ke Madiun mengambil masa satu malam. Kami menaiki van ( colt ) ke Gontor disambut oleh Panitia Bulan Syawal. Orang yang menyambut kami adalah Umar Syarifuddin, anak Kiyai Fathullah Harun, santri Kelas Enam . Kebetulan banget ! Allah yang merancang semuanya.
Perancangan Allah untukku di Gontor kini bermula !
Subscribe to:
Posts (Atom)